[Jangan][Terlalu] [Yakin]
Amin baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan, dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata : " Syukurlah, semuanya sudah berlalu..."
"Jangan terlalu yakin", kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya. "Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi....!"
Yusril yang berada disebelah kiri tempat tidurnya menyela :
"Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulang kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku.."
Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru :
"Adakah sesiapa yang melihat handphone saya?"
[Angka] [13]
Ketukan di pintu mengejutkan sepasang kekasih yang sedang berkasih-kasihan dengan asyiknya.. "Cepat, itu suamiku," kata si wanita yang diserang ketakutan. "Loncatlah dari jendela!"
"Tunggu dulu. Kita kan sedang di tingkat 13!" bantah si lelaki.
"Cepat loncat!" teriak si wanita dengan paniknya. "Keadaan sudah gawat begini, kamu masih percaya tahyul dan soal angka sial!"
[Panggilan] [Sayang]
Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...
Kasihku... dan seumpamanya. Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu." Mizal mengangkat bahu dan berbisik,"Sebenarny a, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."
[Tangguh] [Lagi]
Alex mengeluh kepada Robet kerana dia tidak dapat menghilangkan kebiasaan buruknya iaitu suka menangguh suatu pekerjaan. Robet memberikan sebuah solusi dengan menunjukkan buku yang berjudul "BAGAIMANA SUPAYA ANDA TIDAK MENUNDA LAGI". Alex mengambil buku itu lalu berkata, "Baiklah, akan kubaca buku ini di lain masa."
[Teman] [Baik]
Seorang ibu sedang bercakap dengan temannya.
"Kamu tahu tak...diantara 99 teman baikmu ada yang main gila sama suamimu. Oleh itu kamu mesti berhati-hati. Aku mengatakan hal ini bukan kerana apa-apa, tapi kerana aku adalah teman baikmu'
[Janji]
Pengakuan seorang suami: "Setelah mendengar ceramah perkahwinan tiga hari yang lalu, saya dan isteri sepakat memegang janji untuk tidak akan pergi tidur kalau masih marah. Tapi mungkin kami harus membatalkan perjanjian itu kerana sudah tiga hari tiga malam kami tidak tidur....."
[Mr] [Brown]
Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.
Penelefon : Hello, boleh saya bercakap dengan Mr. Brown?
Penerima : Oh, ini Mr. Black.
Penelefon :Oops Sorry, wrong color!
Friday, January 18, 2008
Sunday, January 13, 2008
[aku] [hilangcarijumpa]
...hilangcarijumpa???
kikikiki...xda la pelik sngt id ni kn...aku create masa mula2 aku kenai 'computer'...masa mula2 selongkar apa ada pada sebijik komputer...smpai la aku x abih lg selongkar!
Rasa2nya aku x jemu2 lg ngan pc niiii....kalu sehari x tngk pc rasa semacam ja laaa...tmbh2 kalu ada internet!! brjam2 pn x kesah mengadap pc...ntah bila la aku nk jemuu:-?? Aku rasa x kot coz teknologi sentiasa brubah dan brubah dan...brtambah canggih dan canggih..begitu la besar nya nikmat ilmu kalu kita terokai...kena rajin dn usaha ja laa
Subscribe to:
Posts (Atom)