Tuesday, May 24, 2011


....benar bagai dikata, sungguh dalam berbicara..ia seperti diduga.. riuh rendah la sat, kecoh la jugakk... tp apa leh buat, apa leh kata? yang benar tetap benar yang x betoi pn dah jd benar.... x nmpk lagi dan xkan terima..dngar..pandang..mahupun faham kerana sudah bebal merajuk dan hampa...lebih kecewa teramat.

setiap orang akan melaluinya...melalui saat 'genting' dan penting sekali dalam seumur hayatnya atau mungkin bala seluruh kehidupan kini kerana balasan perbuatan dahulu. So termasuk diri aku yg xkan terlepas...kemana hala nk aku lari?? Bumi bulat yg ni suma org tahu...

Kejadian demi kejadian telah berlaku..mcm2 ada! mcm2 jugak nk aku ceritakan kat sini...lgpn terlampau lama dah aku x 'update' kt blog ni... dan aku mula akui dan rasa x mampu utk buat.. setiap kali jari jemari ni menaip menekan butang2 huruf mengeja mengarang jalan cerita terasa malas menghimpit kepala mcm membeban badan bahu aku jaa...

Apa yg terkini hari ini aku nk kongsi debaran yg dah lama aku x alami...TEMUDUGA! mmg lama sudah aku x lalui temuduga... ps SPM aku kena temuduga utk kemasukan ke ITM tp bukan rezeki aku masa tu. Itu temuduga pertama yg aku lalui..then aku pernah p temuduga utk keje kat Maybank tp dinasihatkan oleh penemuduga tu supaya sambung belajar lg...terbantut usaha aku untuk cari sumber kewangan aku sendri.

...then bermula temuduga2 mudah yg perlukan bakat dan kebolehan ja utk dapat keje....baik di kilang dan syarikat2 letrik yg pernah aku keje dulu.. mudah sangat. Akhirnya rezeki utk anak dan famili...aku ditawarkan keje dengan kerajaan negeri pulau pinang. Syukur Alhamdulillah... sepanjang aku berkhidmat sehingga kini, aku masih di panggil utk hadiri temuduga. Walaupun ada temuduga sebelum ni yg aku p tp masih gagal namun aku masih ingat bahawa itu bukan rezeki aku.. dan aku masih ada keje utk menyara kehidupan dan keluarga aku.

..dan terkini!! esok!! aku ada temuduga lagi.... kali ni aku sedikit debar dan gelabah juga. Insyallah jika rezeki utk aku kali ni...aku terima saja kat mana pn penempatan aku utk jawatan tersebut.

dari tahun 2002 hingga sekarang 2011...aku x pernah ditukarkan kemana2 daerah atau lain2 jabatan... dok tang tuu dari dlu cuma tugas hakiki aku ja aku x pernah dah buat sejak 2004 barangkali..x ingat laH. Sejak itu semenjak ditukarkan bahagian dari kat 'rumah hijau' masuk ke UNIT ICT then ke Bahagian Pentadbiran...pastu selepas Pengarah bertukar pengarah...aku masih kekal di UNIT ICT dan bertambah di Bahagian Pentadbiran juga..yang pastinya tugas hakiki aku tetap x buat dah. So rasa sayang sb dh selesa dgn keje sekarang membuat aku kadang2 merasa debar juga... dan aku tetap dan pasti kena lalui jugak jika ada perubahan drastik nanti.

esok adalah sejarah yg bakal aku lalui..yg bakal merubah segala2nya jika dengan izin Allah serta ketentuanNya utk menjadi rezeki aku kali ini... apa yg pastinya aku sudah sedia utk menjadi calon kepada penemuduga esok.. Insyallah aku akan menjawab sebaik mungkin demi masa depan 'famili' dan jugak masa depan aku sendiri...

selamat menghadiri temuduga MOHAMAD TAHIR BIN MAT ZAIN!!