Friday, February 8, 2008

[hilang...]

K750i - sony ericsson!!!
nset aku yang hilang baru2 nii....hilang coz aku tertinggal kt dlm tandas kat opis aku lak tuuu tp aku x rasa mmbr opis yg amk sb ada pekerja2 kontrak dan org luar yg guna tandas tu....
x kesah la sapa2 pn yang amk...hilang tetap hilang!!
:( nk wat camna kan kalu dh nk hilang, kt mna2 pn leh hilang...
ada satu citer aku nk kongsi ngan korang pasal nset niii...sedey toi:((
2 thn lepas aku terjumpa nset kat R&R sg. perak masa otw nk gi kl...aku amk ja laa trus off n buang sim kad...huhu. Yang aku pkr time tu ialah kalu aku x amk dh tntu org len yg amk:D
sempat aku pakai nset jumpa tu dkt2 1 thn gak pastu aku trade-in dan beli K750i tuuu...
kini nset aku tu lak hilang dan aku sedar...camna perasaan tuan pnya nset yg aku jumpa tuu! Aku x sayang sngt kat nset tu lgpn x la canggih sngt pn ;))tp....isi dlm nset dn sim kad aku tuu:((mcm2 adaaaa, abis lenyap tnpa ada backup...suma no nset yg penting2, kawan2 dn nota2 belajar aku save dlm memori kad tuuu lenyap dan ada satu benda yg aku sayang tergantung kat nset aku :- limited edition lak tuu...itu lah balasanNya buat aku, satu pengajaran dan ingatan buat korang laaa...
Moral citer aku :- kalu jumpa nset org....pulangkanlah kt tuan dia smula...:(

ego ku hilang..PHG 1994!!
baru beli x sampai sebulan...kena kebas kat pasar malam Sg. 2..Tmn Desa Murni, trus x jumpa smpai laaa.....aku parking kt tmpt org lain parking moto jgk....betoi2 depan org jual durian, mmg terang2an dan ramai org kat situ...
huhu...sakit hati toiii...hebat toi si panjang tangan yg cukup profesional sb aku pasang kunci pendua tp depa leh kebas jugakkk....kot2 depa guna van atau lori ngan trus angkut jaa!!
moral citer ni :- jgn kunci moto laa...kunci pn hilang jugak..huhu



hilang???...di mana la budak niiii....apa la nasib dia...seorang kanak-kanak yg x berdosa!!


malang sungguh kerana kita jadi takut di tanahair sendiriii...

Thursday, February 7, 2008

[my][happy famili]

FAMILI...



...aku ngan awek2 aku..famili yg kecil tp besar karenahnyaa...ini lah famili bahagia aku.



syukur pada yg Esa..sekarang dh hampir 11 tahun dah tanpa aku sedari brlalu pergii..kebahagian masih kekal dalam dunia aku yg tersendiri...

.....ini laa dua org awek aku yg paling aku sayang...

Tuesday, February 5, 2008

[lintah][satu peluang geli]

LINTAH?? apa ada pada lintah.....tu la korang xto, la ni ramai dh mula nk ternak lintah. Sekilo la ni dh mencecah rm80 dahhhh...tp bukan pasal harga yg aku nk bincangkan tp pasal LINTAH!!!

Ada yg sensitip coz geli ngan menatang niii...yg penting menatang geli geleman ni la bnyk khasiat serta rahsia yg la nii 'mat salleh' dok wat kajian demi kajian.....ada 6 jenis spesis dlm negara kita, 2 jenis yg paling DIKEHENDAKI!!! Buleh wat ubat bebb...paling berkhasiat loooo....
LINTAH di guna utk berbekam...
LINTAH leh wat minyak gak!! bukan minyak masak atau minyak keta..tp MINYAK LINTAH bebb....apa lagik arrr??...ntah laaa

Apa2 pn lintah dh mula di ternak secara komersil...peluang 'geli' ngan lintah semakin brkembang pesat skrang....kalu kt kampong aku area bendang tuu..mmg susah dah nk kna gigit lintah niii...dulu2 era aku dok mandi 'ban', mmg bnyk lintah niii tp laaa dh pupus dahhh...budak2 la dh x kenai LINTAH!!!
Sekor pn ssh nk jumpa coz dek racun2 yg org guna wat bendang.
Syukurlah ada org prihatin p bela dan ternak lintah2 nii..la ni walau ada teknologi moden, dlm bidang prubatan....LINTAH digunakan jugak. Kalu korang nk tau kat luar negara nuuu...doktor2 sana guna 'benda' yg ada pada lintah dlm prubatan, dh glamer lintah ni kat sana. LINTAH bila gigit pastu hisap darah kotor, ada sejenis cecair dikeluarkn...cecair tu la wat bg darah yg pekat jadik cair..so darah leh mengalir lancar dlm salurannyaa... Mmg menarik tntang lintah niii...yg aku tauu lintah ni fleksibel...kembang kucut....mybe sb tu kot leh wat ubat! Kena tnya pakar la, betoi ka lintah brkhasiat???? X bahaya kaa???
KORANG CARI LA APA ADA KAT SEKOR LINTAH..dlm dok geli2 tp poket penOh ngan rm, kira ok arrrr.....
Aku bukan nk promosi menatang niii...bila aku lawat tapak projek ternak lintah kt Penaga baru2 ni...aku kagum ngan tuan punya projek yg ada Ijazah, dh ada kerja tetap tp berhenti keja pastu bela menatang lembek lagi geli geleman niii....
nk lintah? cari la AKU...kakakakaka
FAKTA MENGENAI LINTAH

Terdapat 650 spesis lintah di dunia di mana hanya diketahui 20 jenis spesis sahaja yang di pelihara untuk tujuan perubatan.

Lintah boleh membesar 6 hingga 10 kali ganda dari saiz asalnya dimana seekor induk lintah boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih sekali bertelur dan seekor lintah mempunyai 32 otak di badannya di mana melebihi 31 otak berbanding manusia. Cuba kita bayangkan?

Lintah adalah haiwan jenis ‘hermapordit’ iaitu mempunyai sifat jantan serta betina dalam satu badan dan memerlukan darah yang mencukupi untuk mengawan dan membiak. Darah belut dikenal pasti sebagai paling berkhasiat untuk pembesaran lintah.

Sejak ribuan tahun lintah banyak digunakan masyarakat dalam menyelesaikan masalah pengaliran darah. Kandungan hirudin yang tinggi di dalam lintah adalah antikoagulan ( menghalang pembekuan darah ) yang sangat berkesan. Histamin pula berperanan sebagai vasolidator ( mengembangkan saluran darah).

Ternyata kaedah penyembuhan dengan menggunakan lintah merupakan tatacara yang telah digunakan dari Abad Pertengahan lagi. Seekor lintah mengandungi zat-zat di mana terdapat 15 unsur yang bermanfaat untuk proses penyembuhan luka antaranya seperti berikut:

Nitric Oxide – fungsi menegang
Hirudun – menghalang pembekuan darah
Pheromone – meningkatkan rangsangan seksual
Histamine – sebagai vasolidator ( pengembangan )
Hysluronidase – sebagai anesthetic

Khasiat-khasiat lintah
· Melancarkan pengaliran darah
· Menyembuhkan lenguh-lenguh sendi dan urat
· Melegakan kembung perut
· Menyembuhkan penyakit Gout
· Melegakan penyakit Stroke
· Mengurangkan sakit sengatan binatang buas
· Membesarkan alat kelamin serta meningkatkan rangsangan seksual