Friday, October 7, 2011




dah 2 bulan lebih ni aku cuma buat keje2 membantu..keje2 ringan camtu jaa.. lagipun aku masih terikat dengan KIK kt JPVPP lagi.. masih ada pertandingan besar yang belum selesai.. KIK Peringkat Kebangsaan anjuran MPC dan KIK Peringkat Kebangsaan Sektor Awam 2011. Aku diberikan pelepasan oleh BPSM utk settlekan baki hutang yg ada sebelum 100% tumpuan ngan keje sekarang..

..bulan 10 bulan paling mencabar bila 2 pertandingan besar yang akan dilalui nanti...banyak juga la outstation bulan 10 niii..masuk bulan 11 akan bermula tugas hakiki aku kt tmpt baru niii... baru2 ni selesai sudah sessi audit dari INTAN Wilayah Tengah.. mmg jenoh juga dengan auditan yg dijalankan, padan laa dengan pertandingan besar peringkat kebangsaan gituuu :) Persediaan dah bersedia dah..hehe

harap2 projek terakhir dgn geng KIK veterinar kali ni akan mnjadi yg terbaik dan mnjadi kenangan yg xleh dilupakan sepanjang aku berkhidmat di JPVPP.. mnjadi kenangan yg amat manis aku disana.. dah melangkah masuk keperingkat akhir pn sudah dikira menang.. apa yg pasti dgn kekuatan projek x mustahil akan meraih kejayaan lagik.. nantikan ja laaaaa.. :)




Saturday, September 24, 2011

jika ini drama bersiri ingin saja aku tamatkan cerita... tp ini drama kehidupan manusia selagi hayat selagi itu xkan terhenti kisah dunia.. yang baik ataupn teruk akan mnjadi sejarah... yg mana elok ataupn rosak tetap akan dikenang.. samada dikongsikan atau simpan tetap dunia terus berputar...

benar antara bz atau malas mem-blog-kan semula kerana masa bercampur baur keadaan yg kurang tenang dan selesa.. yg tu la sebab paling utama sebenarnya.

dan hari ini sungguh bermakna lagi.. selesai sudah kenduri kesyukuran dan jamuan hari raya kat rumah aku di Taman Mahsuri, Padang Serai... ramai kawan2 dan sedara-mara serta jiran2 masa kat Tanah Liat dulu mai.. sungguh tersentuh juga dan hiba ayah dan mak aku dengan kunjungan mereka... aku nampak emosi itu pada wajah ayah dan mak aku tp aku bangga bila menceriakan mereka2 yg lama terpisah..lama berjauhan... kembali menatap wajah2 yg dirindui.. Dalam hiba, sayu dan menyentuh emosi itu ada kesyukuran yang terlalu besar, semoga perjalanan emak dan ayah ke tanah suci dengan damai dan tenang, sihat dan sempurna hendaknya...


Wednesday, September 21, 2011

ya...aku dah OK!!

cepat masa berlalu...menambah hari dan waktu. Menjarak lagi ruang betapa lama aku x update blog ini... menampakkan betapa sibuk dan juga kering cerita untuk aku karang. Walaupn bertimbun kisah yg berlaku tahun ini... Dari cerita seorang sahabat yg aku percaya hidup2 tapi bg aku hilang kepercayaan kat dia. Aku kerugian ribuan ringgit oleh dia yang lesap entah kemana..pengajaran yg amat berkesan dari kes tu. Maybe ada hikmah disebalik dugaan tersebut dan memang benar bila aku dapat keje baru.. yang terus merubah rutin harian aku! Rupanya hilang sesuatu lalu dibalas dgn sesuatu yg lain pula..

Kini sejak bermulanya 'ramadhan' dan bulan kemerdekaan..aku mula menjalani kisah dan dunia baru... Penghijrahan yang sungguh bermakna dalam hidup dan keluarga aku... Mungkin orang lain lebih mudah 'dapat' atau menganggap biasa...ianya tidak bagi aku. Aku menghargainya lebih daripada biasa kerana aku bermula lewat mengatur kerjaya utk kehidupan famili aku.. Bila lihat ada sahabat lain yg lagi payah menghadapinya lalu kesyukuran x terhingga aku kepada NYA...

Ramadhan terus berlalu mengikut turutan dan kewajipannya tanpa menunggu sesiapa... dan terus pergi menambah hari2 aku dengan kerjaya baru aku... semoga aku boleh terus kekal menghadapinya, insyaAllah!! semoga aku suka dan terus berkhidmat tanpa jemu dan bosan... semoga ada sumbangan aku yang 'kecil' kat tempat baru ini...

...hari ini syawal terus laju berlalu dan hampir ke penghujungnya, sedar x sedar ja bila rutin harian aku yg banyak berubah telah menjamah waktu itu.. Sedikit demi sedikit aku mula biasakan diri dgn suasana ruang kerja yang semuanya baru. Ulang-alik jambatan..yang agak menguji kaki dok tekan clutch... turun naik lift tingkat 45.. yang agak memeningkan pala aku mulanya..makan+minum yang agak terbatas.. kerja yang tidak lagi 'bebas'.. semua tu dah semakin lali dah.. Aku dah boleh terima kenyataan.. aku dah ok!! Ya... aku dah OK :)


Tuesday, May 24, 2011


....benar bagai dikata, sungguh dalam berbicara..ia seperti diduga.. riuh rendah la sat, kecoh la jugakk... tp apa leh buat, apa leh kata? yang benar tetap benar yang x betoi pn dah jd benar.... x nmpk lagi dan xkan terima..dngar..pandang..mahupun faham kerana sudah bebal merajuk dan hampa...lebih kecewa teramat.

setiap orang akan melaluinya...melalui saat 'genting' dan penting sekali dalam seumur hayatnya atau mungkin bala seluruh kehidupan kini kerana balasan perbuatan dahulu. So termasuk diri aku yg xkan terlepas...kemana hala nk aku lari?? Bumi bulat yg ni suma org tahu...

Kejadian demi kejadian telah berlaku..mcm2 ada! mcm2 jugak nk aku ceritakan kat sini...lgpn terlampau lama dah aku x 'update' kt blog ni... dan aku mula akui dan rasa x mampu utk buat.. setiap kali jari jemari ni menaip menekan butang2 huruf mengeja mengarang jalan cerita terasa malas menghimpit kepala mcm membeban badan bahu aku jaa...

Apa yg terkini hari ini aku nk kongsi debaran yg dah lama aku x alami...TEMUDUGA! mmg lama sudah aku x lalui temuduga... ps SPM aku kena temuduga utk kemasukan ke ITM tp bukan rezeki aku masa tu. Itu temuduga pertama yg aku lalui..then aku pernah p temuduga utk keje kat Maybank tp dinasihatkan oleh penemuduga tu supaya sambung belajar lg...terbantut usaha aku untuk cari sumber kewangan aku sendri.

...then bermula temuduga2 mudah yg perlukan bakat dan kebolehan ja utk dapat keje....baik di kilang dan syarikat2 letrik yg pernah aku keje dulu.. mudah sangat. Akhirnya rezeki utk anak dan famili...aku ditawarkan keje dengan kerajaan negeri pulau pinang. Syukur Alhamdulillah... sepanjang aku berkhidmat sehingga kini, aku masih di panggil utk hadiri temuduga. Walaupun ada temuduga sebelum ni yg aku p tp masih gagal namun aku masih ingat bahawa itu bukan rezeki aku.. dan aku masih ada keje utk menyara kehidupan dan keluarga aku.

..dan terkini!! esok!! aku ada temuduga lagi.... kali ni aku sedikit debar dan gelabah juga. Insyallah jika rezeki utk aku kali ni...aku terima saja kat mana pn penempatan aku utk jawatan tersebut.

dari tahun 2002 hingga sekarang 2011...aku x pernah ditukarkan kemana2 daerah atau lain2 jabatan... dok tang tuu dari dlu cuma tugas hakiki aku ja aku x pernah dah buat sejak 2004 barangkali..x ingat laH. Sejak itu semenjak ditukarkan bahagian dari kat 'rumah hijau' masuk ke UNIT ICT then ke Bahagian Pentadbiran...pastu selepas Pengarah bertukar pengarah...aku masih kekal di UNIT ICT dan bertambah di Bahagian Pentadbiran juga..yang pastinya tugas hakiki aku tetap x buat dah. So rasa sayang sb dh selesa dgn keje sekarang membuat aku kadang2 merasa debar juga... dan aku tetap dan pasti kena lalui jugak jika ada perubahan drastik nanti.

esok adalah sejarah yg bakal aku lalui..yg bakal merubah segala2nya jika dengan izin Allah serta ketentuanNya utk menjadi rezeki aku kali ini... apa yg pastinya aku sudah sedia utk menjadi calon kepada penemuduga esok.. Insyallah aku akan menjawab sebaik mungkin demi masa depan 'famili' dan jugak masa depan aku sendiri...

selamat menghadiri temuduga MOHAMAD TAHIR BIN MAT ZAIN!!

Tuesday, January 11, 2011

x tertype lg cerita utk blog ni... :( hampir terluput sudah.. hampir2.. Aku cuba juga mengarang mencari bahan utk tatapan diri aku sendiri...utk ingatkan aku juga apa yg dah aku buat sekarang dan yg sudah2. Kawan2 yg dlu dok mai jengok blog aku pn gamaknya dh x datang lg dh...mybe dh rs aku bosan atau mungkin kata aku bz atau aku dh xda idea...atau mungkin juga anggap aku sudah tiada... mungkin!!

mengaku atau tidak, realitinya sekarang trend sudah berubah...kejujuran mahupn penipuan kata2 dan kisah terus dilontarkan pada FACEBOOK!! semudah cara utk semua org dunia faham... seringkas tempat utk luahan rasa... trend semakin berubah!! mengaku ja laa...biar jujur juga sedikit dari terus bohong atau ego membangga diri.

setiap yg berada dibawah perlu dibawa keatas juga...yg diatas perlu turun menolak mereka dibawah utk naik bersama wawasan baru...idea baru... fenomena baru... tarikan baru... supaya berkekalan hendaknya.. Setiap orang punya alasan, sebab serta suara utk mempertahankan diri sendiri... salah atau x salah itu kita yg tentukan dgn alasan, sebab dan suara kita pula...

harini dah 11 hari dalam tahun 2011... senyap x sepi, masa pantas berlalu.. keadaan terus berubah. Yang indah hanya semntara bila datang musibah tp bencana bukan selamanya kerana ujian sentiasa ada menguji kita yg lemah... samada kuat atau tabah mengharungi atau lemah dan 'mati' mengalami...!