Saturday, September 24, 2011

jika ini drama bersiri ingin saja aku tamatkan cerita... tp ini drama kehidupan manusia selagi hayat selagi itu xkan terhenti kisah dunia.. yang baik ataupn teruk akan mnjadi sejarah... yg mana elok ataupn rosak tetap akan dikenang.. samada dikongsikan atau simpan tetap dunia terus berputar...

benar antara bz atau malas mem-blog-kan semula kerana masa bercampur baur keadaan yg kurang tenang dan selesa.. yg tu la sebab paling utama sebenarnya.

dan hari ini sungguh bermakna lagi.. selesai sudah kenduri kesyukuran dan jamuan hari raya kat rumah aku di Taman Mahsuri, Padang Serai... ramai kawan2 dan sedara-mara serta jiran2 masa kat Tanah Liat dulu mai.. sungguh tersentuh juga dan hiba ayah dan mak aku dengan kunjungan mereka... aku nampak emosi itu pada wajah ayah dan mak aku tp aku bangga bila menceriakan mereka2 yg lama terpisah..lama berjauhan... kembali menatap wajah2 yg dirindui.. Dalam hiba, sayu dan menyentuh emosi itu ada kesyukuran yang terlalu besar, semoga perjalanan emak dan ayah ke tanah suci dengan damai dan tenang, sihat dan sempurna hendaknya...


No comments: