Saturday, September 24, 2011

jika ini drama bersiri ingin saja aku tamatkan cerita... tp ini drama kehidupan manusia selagi hayat selagi itu xkan terhenti kisah dunia.. yang baik ataupn teruk akan mnjadi sejarah... yg mana elok ataupn rosak tetap akan dikenang.. samada dikongsikan atau simpan tetap dunia terus berputar...

benar antara bz atau malas mem-blog-kan semula kerana masa bercampur baur keadaan yg kurang tenang dan selesa.. yg tu la sebab paling utama sebenarnya.

dan hari ini sungguh bermakna lagi.. selesai sudah kenduri kesyukuran dan jamuan hari raya kat rumah aku di Taman Mahsuri, Padang Serai... ramai kawan2 dan sedara-mara serta jiran2 masa kat Tanah Liat dulu mai.. sungguh tersentuh juga dan hiba ayah dan mak aku dengan kunjungan mereka... aku nampak emosi itu pada wajah ayah dan mak aku tp aku bangga bila menceriakan mereka2 yg lama terpisah..lama berjauhan... kembali menatap wajah2 yg dirindui.. Dalam hiba, sayu dan menyentuh emosi itu ada kesyukuran yang terlalu besar, semoga perjalanan emak dan ayah ke tanah suci dengan damai dan tenang, sihat dan sempurna hendaknya...


Wednesday, September 21, 2011

ya...aku dah OK!!

cepat masa berlalu...menambah hari dan waktu. Menjarak lagi ruang betapa lama aku x update blog ini... menampakkan betapa sibuk dan juga kering cerita untuk aku karang. Walaupn bertimbun kisah yg berlaku tahun ini... Dari cerita seorang sahabat yg aku percaya hidup2 tapi bg aku hilang kepercayaan kat dia. Aku kerugian ribuan ringgit oleh dia yang lesap entah kemana..pengajaran yg amat berkesan dari kes tu. Maybe ada hikmah disebalik dugaan tersebut dan memang benar bila aku dapat keje baru.. yang terus merubah rutin harian aku! Rupanya hilang sesuatu lalu dibalas dgn sesuatu yg lain pula..

Kini sejak bermulanya 'ramadhan' dan bulan kemerdekaan..aku mula menjalani kisah dan dunia baru... Penghijrahan yang sungguh bermakna dalam hidup dan keluarga aku... Mungkin orang lain lebih mudah 'dapat' atau menganggap biasa...ianya tidak bagi aku. Aku menghargainya lebih daripada biasa kerana aku bermula lewat mengatur kerjaya utk kehidupan famili aku.. Bila lihat ada sahabat lain yg lagi payah menghadapinya lalu kesyukuran x terhingga aku kepada NYA...

Ramadhan terus berlalu mengikut turutan dan kewajipannya tanpa menunggu sesiapa... dan terus pergi menambah hari2 aku dengan kerjaya baru aku... semoga aku boleh terus kekal menghadapinya, insyaAllah!! semoga aku suka dan terus berkhidmat tanpa jemu dan bosan... semoga ada sumbangan aku yang 'kecil' kat tempat baru ini...

...hari ini syawal terus laju berlalu dan hampir ke penghujungnya, sedar x sedar ja bila rutin harian aku yg banyak berubah telah menjamah waktu itu.. Sedikit demi sedikit aku mula biasakan diri dgn suasana ruang kerja yang semuanya baru. Ulang-alik jambatan..yang agak menguji kaki dok tekan clutch... turun naik lift tingkat 45.. yang agak memeningkan pala aku mulanya..makan+minum yang agak terbatas.. kerja yang tidak lagi 'bebas'.. semua tu dah semakin lali dah.. Aku dah boleh terima kenyataan.. aku dah ok!! Ya... aku dah OK :)