Thursday, August 15, 2013

kuasa minda - kata-kata itu sumpah!

percaya atau tidak memang kena percaya.. x percaya boleh cuba sendiri kerana kata-kata yang kita kata itu adalah sumpah. Ada yang boleh dibuktikan atau yang tidak tapi kita dapat rasa atau nampak kesannya.. benarkah atau kebetulan? Kita boleh cuba sendiri jika mahu...

mari aku kongsi kisah benar yang berlaku selalu disekeliling kehidupan kita tapi kita x perasan atau mungkin x ambil kisah pun tentang kata-kata itu sumpah... aku sendiri kadang-kadang terlupa atau lalai atau terlepas kata sebab emosi yang tidak terkawal.. jadi kata-kata itu sumpah dah makan diri pula..

cuba kita lihat benar atau tidak tentang ini.. cuba korang lihat sendiri atau kaji atau cuma tolong ambil tahu sedikit saja dah cukup.. dan terpulang samada nak percaya atau x..mudah ja kan?

Kisah 1: Cuba kita lihat dengan teliti dan dalam jika ada kawan atau famili sendiri yang punya anak-anak yang masih kecil, seringkali si emak atau bapa akan sebut perkataan ini --> "anak aku buas.." , "anak aku kecik lagi.. bukan reti/tau apa-apa lagi tuuu...", jangan!! nanti itu..nanti ini dll... Seringkali rasanya kita dikelilingi oleh kata-kata begitu...tambah-tambah si emak yang mengucap kata-kata sumpah tu..memang termakbul tuhan hendaknya.. Dalam sedar atau tidak sebenarnya kita sudah menyumpah! Kalu dah sumpah dengan kata "anak aku buas..xleh bawa ke majlis..nanti buat perangai..." memang confirm benda akan jadi camna kita dah sebut dan sumpah dah kat mereka yang sebenarnya ketagih dan dahagakan didikan.. apa yang kita ajar dan didik, itulah yang akan ditunjukkan oleh mereka yang langsung tidak berdosa... apa yang kita sering sebutkan kepada mereka, itulah yang akan berlaku sebenarnya... Kalu x percaya yang kata-kata itu sumpah, korang boleh cuba sendiri dan lihat hasilnya... jika buaslah yang disembur kepada perangai anak-anak..memang itulah yang akan berlaku nanti.. Anak-anak nak buat sesuatu semasa sesi pembelajaran dalam kehidupannya tapi kita menakut-nakutkan atau menghalang mereka, memang pastinya akan terbantut dan makan sumpahlah jadinya.. 


Kisah 2 : Ini bukan kebetulan tapi ini memang hakikat dan benar-benar berlaku... kata-kata itu sumpah dan ianya adalah kuasa minda yang kita x perasan betapa hebatnya ciptaan Allah kepada kita.. Kita ja x ambil kisah pasal itu.. Lihat sendiri betapa hebatnya kuasa minda dan kata-kata memang sumpah dengan apa yang berlaku sekarang.. Jika seorang ibu menyumpah anaknya "buas" dan seringkali terus menyumpah dengan kata-kata begitu, memang tidak mustahil anaknya akan "buas"... samalah jugak jika hari ini semua orang bercakap-cakap dan terus menyumpah kes "tembak" maka tidak mustahil juga kes tu terus berlaku seperti yang semua orang sumpahkan.. seolah-olah kita mahu perkara itu terus berlaku...kita mendoakannya... tidak mustahil juga ia bukan kebetulan tapi ianya kuasa minda yang secara tidak sedar kita telah gunakan.. kita x perasan kita telah amalkan sejak lama cuma kebanyakannya secara agak negatif.... kita tidak yakin betapa hebatnya kuasa yang Allah kurniakan.. 

Ini baru 2 kisah yang rasanya berlambak berlaku sekeliling kehidupan kita yang kita x perasan dan ambil kisah pun.. Aku sendiri kadang-kadang terlepas kata dan lalai bila perasaan lain menguasi akal minda..dan jangan juga dilupa yang kuasa minda...kata-kata itu sumpah.. kata-kata juga doa adalah dengan izin Allah Yang Maha Esa jua...

No comments: