Monday, August 5, 2013

Setahun datang.. setahun pergi...

..sedar tidak sedar, aku sudah tak terkejar apa yang aku minat.. apa yang nak aku buat.. hanya mengekor arah masa, menyusur keadaan semasa. Benar-benar sudah banyak berubah.. benar sangat benar. Rasanya ini post pertama aku sejak bertukar keja... nak kata tak sempat tak jugak...nak kata bz pn tak jugak... nk kata malas pn macam tak kena... agaknya sebab facebook la kot!! 

Realitinya benar sebab FB... dan aku jarang pula online kat pc dan laptop... lalu setahun datang, setahun pergi... sedar tak sedar aku sudah 2 tahun lebih kat Unit L&K... harini ramadhan yang dihayati menanti syawal untuk dirai.. 

...banyak sungguh perubahan yang telah berlaku sepanjang tempoh itu. Memang benar bagai bicara.. memang sungguh bila mengata.. tidak semua yang kita suka boleh kekal selamanya.. tidak akan kekal selesa bila sampai masa untuk menguji kita... apa yang dilalui, apa saja ujian yang ditempuhi.. semuanya bekalan dan pengalaman untuk kita hadapi masa depan bila ada pengalaman lepas yang telah kita guna dan jadi pedoman harini... yang kita boleh kongsi dengan semua..

Setahun datang.. setahun pergi... Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal tiba, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan memohon maaf jika ada salah serta silap semasa sama-sama kita berurusan..
 

No comments: