Monday, November 1, 2010



masih jua tertinggal jauh bila asyik turuti masa yang laju lalu... belum pn cerita nk aku tulis, kisah baru terus jadi...dan jadi...dan jadi...xda kesudahan..yg sudah hanya kejadian itu tp esok ada pula kisah baru. Yang bersambung berangkai citer-citer lalu hanya bila kita mengungkit..mengingat kembali sesuatu yg ada dan x mampu kita lupa dan buang jauh bersama masa..


dari ramadhan...syawal trus pergi meninggalkan kita...masa kini semakin singkat untuk menggapai tahun baru pula.. harus mahu aku tulis setiap detik kisah yg berlaku supaya aku x lupa semuanya tp apa daya bila masa itu juga membataskan waktu utk aku senyap mengarang...


...sengaja atau tidak keadaan camni..mcm sekarang telah buat aku mula lupakan yg silam. Mengubah semula yg salah...

dan kini, arini...tiada cerita lagi utk korang....bukan x ingat tp sengaja aku lupakan. Hanya ada arini ukt kawan2 aku, blogger dan sapa2 yg tersggh sini...kisah kawan aku dah selamat diijab-kabulkan...

....tiada yang lebih indah dari debaran
tiada yang lebih resah bersandingan
tiada yang lebih teruja berpegangan...
tiada yang lebih manis bila diijab-kabulkan....

semoga perjalanan cerita kisah kehidupan mereka melalui teladan dan pengalaman lalu membuatkan mereka tabah..sabar dan lebih kenal erti kehidupan. Jangan cuba kembali mengulangi kesilapan lampau...menoleh masa silam...kerana semua yang berlaku telah terbukti dgn rasa kesal..kecewa serta hampa sangat. Jika mampu menebus semua salah silap itu dan ada yang masih boleh menerima kembali demi kehidupan baru...maka bersyukurlah, kerana masih ada sayang antara kecewa dan derita..

Lihatlah sekeliling dan dengarlah lafaz yang indah dari orang tersayang...semoga ia titik permulaan segala perubahan.

Sunday, August 29, 2010

.....masih ada lg sisa2 perasaan yg tertinggal membuatkan rasa rimas dan tidak senang. Telah ku cuba lenyapkan sikit demi sedikit agar luput terus dari ingatan ini. Namun ianya x semudah yg ku sangka.. kerana selagi hayat, peristiwa itu telah melekat rapat semacam kekal ia disitu.. bukan mudah rupanya...

ramadhan kembali lagi...x lama raya akan tiba pula. Sekian dan berkurun lama peristiwa itu sentiasa berulang-ulang...mengikut kitaran dan giliran melengkapkan jumlah hari dan bulan. Tahun demi tahun...usia makin hari makin bertambah, sejauh mana telah aku harunginya?

segala-galanya telah berubah... semuanya terbabit... aku bw kisah itu ke dalam dunia kita. Mahu saja aku ubah dan cipta kisah sendiri..mengikut kemahuan aku tp apakan daya... maaf pn tiada guna cuma mengharap diterima semula.. kesal sudah tp bagai terlambat saja... dah x terdaya!! sungguh...

hanya berserah dan menyesal x terhingga... ntah mcmna nk ku pohon? Benar mmg sukar..payah dan x semudah ucapan kata2 itu dan ini.. hnya yg menanggung dan mengalami tahu keadaan itu. Mmg benar dan x aku nafikan juga.. aku sedang berusaha merubah segala2nya supaya tiada benci lagi antara kita.

...dan semoga ramadhan dan aidil fitri kali ini bakal disambut meriah. Tiada lagi luka biarlah parut itu kerana aku akui ia x mungkin hilang begitu saja.. Aku x mampu halangi jika masih ada yg mengungkit kisah itu.. harapan cuma satu agar pulih sediakala.

Monday, August 23, 2010

harini Isnin 23hb Ogos 2010... ada meeting kt opis SPU. So lepak kat SPU ja la smpai petang, pakai x balik HQ dah laa.. hehe...Betapa bosannya meeting ni smpai aku leh update blog? adehh...kebetulan leh on9 lak..

Just nk citer pasal si 'John' yg dah sebulan lebih mengada2 n buat bising memalam..Mmg hensem nyet nii.. aku dapat bila ada orang nk buang dia tp xto nk buang kat mna. Sian punya pasal aku amk bela... huhu

....dan akhirnya lepas sebulan lebih 'bela', rupanya aku sedar aku xda masa utk jaga 'John'...sian toii.. :-s

Thursday, August 19, 2010

assalamualaikum....

rasanya lama sungguh aku x update blog.. bukan xda citer yg nk aku karang tp xda kesempatan. Kawan2 yg sering ikuti dan baca citer aku sure dah mula lupakan kewujudan blog ni...

Banyak citer dan kisah yang dah terlepas lalu terlupa utk aku kongsi bersama.. Bayangkan last post bulan April....hari ni dah masuk bulan Ramadhan Al-Mubarak. X lama lg dah nk raya... pantas sungguh masa berlalu membawa bersama kisah2 yang kita buat dan hadapi..

Apa yg sebenarnya penyebab aku cam malas nk update?? Dengan pantas jawapan punca yg aku akan jawab ialah FACEBOOK!! Virtualfriends pn dah jarang aku masuk n update gara2 FB nii.. rasanya bukan aku jerk...ramai lagi kawan2 blog n alam maya lain beralih ke FB!! Aku dh x dngr pasal 'friendster' lagi...smpai aku dah lupa pn 'password' friendster tuuu... huhu

Kegembiraan..kesedihan...menyesal... malah kesilapan x terlepas dari aku dan kita sebagai manusia.. Hanya keampunan yg mampu kita pinta dan hadapi iktibar semua kisah itu sebagai pengajaran.


Sepanjang tempoh dari bulan April hingga Ogos nii...jika dihitung bulan x terasa sngt masa itu singkat.. tp jika dihitung hari atau masa sure belambak dosa dari pahala... kisah dan cerita..

Sempena bulan mulia - Ramadhan Al-Mubarak, aku ingin memohon kemaafan kerana kesilapan lalu.. menghulur ucapan selamat berpuasa... x terawal sangat untuk ucap selamat hari raya!!

Antara citer dan kisah yg terlepas utk aku update dan citer sepanjang tempoh aku x jenguk blog.. aku up gambar2 ja laa...k

hehehe...sori!! Aku akan rajin semula mengarang nanti..insyallah!!


Reunion XSAM
Jom Penang - Outing ngan NoorizamSabran

Outing Durian - VF+FB+Photographer @ dusun Balik Pulau

Ekspo Usahawan Bumiputera 2010 & HPPNPP'10


Selamat Pengantin Baru - Mr_Aries+Peacelover85
aku takut jarum.... :-s



Monday, April 19, 2010

mengapa suma berlaku?? mmg salah aku?? 100% aku salah dan mengaku segala2nya.. Sb?? kenapa jd suma tu?? aku cuba merungkai sebab penyebab setiap kenapa dan bagaimana suma trjadi... jawapannya masih salah aku.. :( menyesal?? ada 2 jawapan --> ya dan tidak!!!

..dua2 jawapan tu buat aku benar2 teruji...apa2pn suma tu telah berubah dan mengubah kisah tentang kehidupan. Aku xmo ingat x bermkna aku mahu lupakan segala2nya... aku nk ingat x bermakna aku juga x boleh nk lupakan apa yg telah aku buat.. serba salah dan x kena dgn apa jugak keputusan yg dibuat...mmg x patut!! Harap tiada benci walaupn sebenarnya ada... Harap maafkan kerana sebenarnya ia mmg sukar.. kerana tiada apa lg yg mampu aku pinta dan mohon..!! hanya lah MAAFKAN AKU!!

segalanya telah berubah.. bakal berubah.. akan berubah samada lama lagi atau sudah cuma aku masih x perasan... EGO?? ntah laa.. yg pastinya aku dlm situasi yg mencecah kerumitan mengharungi liku2 kehidupan tentang perasaan..

biarlahh.. aku pendam segala2nya kerana aku mahu 'dia' tahu dan faham aku masih dan tetap menyayangi hingga hujung nyawa aku. X berubah walaupun keadaan telah buat 'dunia' aku berubah.... mana mungkin boleh diundurkan masa?? ~~ 'tinggal kenangan'... biar lah aku simpan selama2nya..






| outing@MengkuangDam | 11hb April 2010 |

1st time aku ada peluang join group 'flickr' shooting... lama nk join tp x kesempatan dan x cukup 'gadget' yg canggih mcm geng tu.. just bangga dgn hasil keje depa ja selama ni... selalu aku hanya 'bawa' diri secara solo dan kadang2 teman kawan2 shoot wedding.. Kebetulan outing tu buat dkt ngn rmah so leh la join.. banyak pengalaman menarik n berguna aku timba walaupn sekejap. Mmg sempoi dan berharap aku dapat join lagi xtiviti camtu.. supaya aku boleh lupakan 'kenangan' yg mengusik hati dan perasaan aku.. betapa sukar dan payahnya suma utk aku harungi.. Aku cuba.. dh berusaha.. so maybe hobi ni buat aku leh 'lesap' dalam kerinduan... maafkn aku!!!

Tuesday, April 6, 2010

adoii...lama betoi aku x update citer dlm blog nii.. dah bersawang bila xda kesempatan nk duduk lelama depan pc tnpa ada gangguan... ya laa, nk karang citer kena la dlm keadaan tenang bru ada idea dan olahan citer yg agak kena dan ikhlas menyampaikn cerita.. bru sapa2 yg sudi baca citer2 aku niii puas hati dan terasa luahan yg aku lepaskan. Samada kisah benar atau pn hanya kelentong tp sebenarnya ada sesuatu yg tersirat dan tersurat...

serupa kisah ni.. yg baru sangat jd... nk kata menyesal x jugak...nk kata kalut sangt dan terhengkak2 nak benda tu pn x jugak... nk kata x dengar cakap pn x jugak bila keadaan masa tu buat aku xda pilihan... biasa la bila benda melibatkan bajet yg x berapa cukup.. bukan x hingin yg sempoi tuuu tp pendamkn sj keinginan tu.. lom sampai rezeki lg. Sabar ja laa.. Dan tetiba dlm x sangka2 ada plak bajet baru... so peluang ni x aku lepaskan. Kebetulan pula nk jd rezeki aku..keadaan dan persaingan dalam berniaga telah menguntungkan pelanggan ketika dan waktu ni.. harga turun mendadak!! Mmg sesuai sangat... <3 Rugi?? ada jgk sikit tp padan la sebab aku dh guna.. syukur walaupn sayang, akhirnya ia berpindah milik.. dan aku masih menanti tiba 'barang' baru sebagai ganti tuu.. Kali ni ia adalah antara barang hak milik peribadi aku yg aku sayang...

Aku cuma miliki ia sebagai hobi ja laa.. nk buat bisnes ssh sikit laa... tggu kot suatu masa aku ada masa utk tu. Cukup la sebagai hobi setakat harini...waktu ini... Aku masih menuntut sikit2 pasal benda nii.. bukan terrer sngt pn. Masih belajar.. ada jugak aku buat 'job' tp cuma suka2 bukan kerana upah... ada juga yg xleh publish kt mana2 coz hanya utk simpanan peribadi.. :)

Apa2pn bnyk sudah perkara yg aku x sangka dan x terlintas pn utk aku nk buat dan miliki tp ia datang... ia hadir dan aku miliki.... thankz!!!

Sunday, February 7, 2010

.....bukan terpksa setelah 'dia' sedar mmg patut dan kena lepaskan juga. Demi masa depan yg lebih bermakna dari sekarang yg ntah kemana hala... Sebenarnya sudah lama 'dia' tahu dan sedar cuma keadaan telah membutakan mata... hanyut mengikut hati dan perasaan.. tenggelam bersama rasa kasih dan sayang yg kini hanya tinggal kenangan.

Mmg suma salah 'dia'... bukan sapa2... mmg salah 'dia'!!! 'Dia' mengaku salah... 'dia' mengaku silap.. Kalu nk hukum, hukumlah 'dia'... hukum ja apa jua hukuman pn bila 'dia' dah rasa x bermakna lg kehidupan 'dia'.. biar MATI jaaa.. :( buang jauh2.. mmg 'dia' x berguna lagi.

Pintanya.. mohonnya hanyalah kemaafan... beribu keampunan 'dia' rayu... Biarlah andai 'dia' mati nanti dgn ketenangan...

....mmg benar ada sayang!! mmg betul ada rindu!! tp itu terpaksa 'dia' tanam jauh2 kedalam pelusuk hati... x kemana2 hala utk 'dia' bawa semua apa yg 'dia' rasakan dulu.. Nak kata 'dia' cari suma tu x juga... atau nk tuduh 'org' tu punca segalanya pn bukan bila sebenarnya keadaan ketika itu telah buat ia terjadi... sudah ketentuan ilahi. Selama ini 'dia' hanya melihat segala2nya tentang kehidupan... tetapi kali ni 'dia' yg alami sendiri.. 'dia' yg lalui sendiri segala2nya..

Kini setelah sekian lama.. 'dia' kena buat keputusan.. kena nekad demi kebahagian 'org' tu jugaa... kerana sayang pn ada jugak. Biarlah yg sudah2 menjadi sejarah.. yg lepas2 menjadi teladan.. yg berlalu menjadi pengajaran.. dan yg berlaku menjadi kenangan.

Sesungguhnya bukan suma tu yg 'dia' harap.. impikan atau pinta. 'Dia' x harap pn perkara ni terjadi.. tp takdir sudah mnjadi penentu segalanya.. Langsung x terlintas didlm kotak fikiran 'dia' tp akhirnya segala apa yg menjadi ketakutan telah pn berlaku... berlaku dgn pantas tanpa dirancang pn.. then ia jadi!! Semuanya sebab keselesaan lalu timbul perasaan..

Dan kini yg pasti keadaan semakin berubah dan makin berubah lalu pasti akan terus berubah.. insyallah..

Aku mahu lihat semua itu... :-s

Sunday, January 31, 2010

Bukan kerana kecewa.. bukan sebab bermusuhan apatah lagi mahu 'buang' tp kerana 'takdir & waktu' telah buat keadaan begitu.. Entah dimana silap dan salah langkah atau sudah ketentuan tuhan menguji?? Xda sapa salah.. bila yg silap itu dtg daripada aku sendiri...

Dengan tamat.. sudah.. selesai atau habis sbnrnya adalah permulaan utk sebuah kehidupan yg baru... permulaan dgn teladan kisah lama dan menjadi iktibar sepanjang hayat. Bolehkah?? mampukah aku utk mulakan langkah baru nii..??

Azam dan kekuatan perlu ada utk tu.. bagaimana nk mulakan sesuatu yg berakhir dgn keadaan yg baik tnpa dendam atau kecewa? Akhirnya arini, 31hb Januari 2010....2009 telah 31 hari berlalu pergi dan masih ada sisa baki kemesraan dulu yg masih lekat dihati.. sedikit demi sedikit dan semakin jauh dan aku dapat rasa ia akan pudar...mungkinkah??? Biarlah muncul 'keajaiban' dlm mengharungi masa depan yg menanti... patut atau tidak, benar atau betul ka apa yg aku buat?? sumanya jd serba x kena... serba salah.

...bagaimana selesanya ia bermula, semoga selesa juga ianya berakhir walaupun sbnrnya sukar untuk aku...!!

Tuesday, January 5, 2010

1st... pertama... hmm.. apa yg korang ingt apa2 kisah brkaitan dgn PERTAMA@ 1st?? 1st time jumpa hati dh terpaut?? Pertama kali jumpa then rs nk jumpa lagik?? Atau kali pertama dapat keje... pertama kali dpt pergi ke sesuatu tempat tuu.. apa2 ja yg pertama la!! sure jd kenangan dan pengajaran yg x dpt dilupakan.

Hari ni Isnin-4hb.. hari PERTAMA alam persekolahan, hari PERTAMA keje dlm tahun 2010!! 1st day keje tp aku cuti sb 1st day buka sekolah.. huhu... aku segan nk citer tp gmbr menceritakn segalanya.. so hayati kisah 1st day di alam persekolahan... huhu

xcited toii... dh ready to schoolbaru sampai.... posing jap!!! sempat lagi tuuu.menuju ke dewan perhimpunan..............
tetiba jaa.... adoiiiii!!!mamaaaaa.....!!! :(( tp......
ok la plak pastu...... penin toiii!!!

Friday, January 1, 2010

hmm.. ya!!! aku nk buat pengakuan dan buka citer yg dh lama sngt aku rahsiakan.. aku nk buka rahsia paling besar dlm sejarah hidup aku. Rahsia yg aku simpan lama, x siapa pn tahu.. Kesalahan dan dosa yg aku nk minta ampun dn maaf. Dan tahun ni.. tahun baru.. aku nk sumanya selesai, aku nk mulakan kehidupan baru.. semangat baru.. kisah baru dari pengajaran lalu...

Sejarah mmg sudah terbukti mmg wujud kisah2 yg aku lalui... bagai roda bila sebentar berada di atas adakala di bawah bila berputar. Mmg dlu pernah jadi malah x mustahil jd lagi... Dan aku dah pn merasai dn laluinya.. betapa sukar, sedih dan mcm2 perasaan ada. Sebelum terbongkar atau timbul citer x benar atau tuduhan liar tentang aku dan dia... sebelum porak peranda hidup.. sebelum hilang tenggelam jauh sedalam lautan... sebelum terbang hanyut dibawa angin setinggi mentari... Biarlah sejarah jadi saksi bahawa aku PEMBUNUH!!!

Aku bunuh mati perasaan... aku bunuh harapan... aku matikan kepercayaan.. aku membunuh kerana sayang sebelum kisah makin panjang... sebelum perasaan semakin tebal... sebelum harapan setinggi gunung... sebelum percaya pada penipuan!!! Biar la mati perasaan, harapan dan kepercayaan daripada 'hidup' tp xda penamat kisah2 kasih sayang yg berlaku dgn harapan ada syurga utk kehidupan dia yg lain.. Biar dia trus kekal dgn dunianya yg baru.. dgn citer baru tanpa perasaan dendam.. benci mahupn kecewa dgn aku seorang 'pembunuh'!!! Biar kekal senyuman yg terukir jelas bersama perasaan sayang yg x berubah sejak dari hari itu... wlaupn aku sudah tiada!! dan itu kamu..........