Wednesday, May 6, 2009

Jabatan Perkhidmatan Veterinar kenal pasti risiko wabak lain

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedang mengenal pasti wabak lain selain Influenza A H1N1 sebagai langkah pencegahan penularan mana-mana wabak di negara ini pada masa akan datang, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin. “Di negara ini hanya wujud wabak H1N1 yang dinamakan ‘classical H1N1’ yang tidak Berbahaya berbanding ‘novel H1N1’ (Influenza A) yang menular di Mexico dan Amerika Syarikat ketika ini (dan 19 negara lain).


“Jadi kita kena pastikan jenis wabak penghidap sama ada classical, novel atau wabak lain untuk langkah keselamatan,” katanya di sini, semalam.


Beliau berkata, bagi classical H1N1, tanda wabak ini lebih kurang sama dengan novel H1N1 namun tidak mempunyai keupayaan berjangkit dengan lebih teruk sehingga membawa kepada kematian seperti novel H1N1.

“Sebagai contoh, setiap individu mempunyai kereta (Proton) Wira yang luarannya sama namun dalamannya berbeza sama ada enjin 1.5 dan 1.6 atau ada aksesori tambahan, begitu juga H1N1, walaupun sama, tetapi kandungan keberbahayaan berbeza,” katanya.

---> rujuk my metro Rabu, 06 Mei 2009


....sepanjang migu ni operasi program kawalan penyakit menular keseluruh negara gara2 'swine flu' atau lebih popular selesema babi....!!! Penang mmg bnyk jugak binatang niii... so aku antara yg x ketinggalan kena ikut program servelan dan pengambilan sampel 'nasal' dan 'serum' di ladang2 babi seluruh negeri Penang... aku amk gmbar jerk tp kena bantu jugak bila x cukup tangan nk buat keje2 tuuu. Dah keje so mmg kena buat laa... lebih2 lagi masa wabak2 berbahaya yg buleh ragut nyawa orang yg kita sayang mungkin... Dulu aku x terlepas terlibat dgn 'selesema burung' di Pematang Bogak.. bnyk pengalaman yg x semua org dapat. Sama jugak dgn kes terbaru nii... demi negara dan org sekeliling yg aku sayangi, walaupn berbahaya terdedah dgn risiko penyakit camtu... aku bangga sb jd antara orang yg macam berjuang dlm perang!!! Letih nk citer so aku upload ja pict utk korang....:D harap2 korang pn akan dpt rasa camna letih nya bila tngk gmbar2 nii...:( huhu....

.....lagi gambar pemantauan dan operasi jpvpp jalankan...---> picasaweb/jpvpp.gov

No comments: