Thursday, August 15, 2013

kuasa minda - kata-kata itu sumpah!

percaya atau tidak memang kena percaya.. x percaya boleh cuba sendiri kerana kata-kata yang kita kata itu adalah sumpah. Ada yang boleh dibuktikan atau yang tidak tapi kita dapat rasa atau nampak kesannya.. benarkah atau kebetulan? Kita boleh cuba sendiri jika mahu...

mari aku kongsi kisah benar yang berlaku selalu disekeliling kehidupan kita tapi kita x perasan atau mungkin x ambil kisah pun tentang kata-kata itu sumpah... aku sendiri kadang-kadang terlupa atau lalai atau terlepas kata sebab emosi yang tidak terkawal.. jadi kata-kata itu sumpah dah makan diri pula..

cuba kita lihat benar atau tidak tentang ini.. cuba korang lihat sendiri atau kaji atau cuma tolong ambil tahu sedikit saja dah cukup.. dan terpulang samada nak percaya atau x..mudah ja kan?

Kisah 1: Cuba kita lihat dengan teliti dan dalam jika ada kawan atau famili sendiri yang punya anak-anak yang masih kecil, seringkali si emak atau bapa akan sebut perkataan ini --> "anak aku buas.." , "anak aku kecik lagi.. bukan reti/tau apa-apa lagi tuuu...", jangan!! nanti itu..nanti ini dll... Seringkali rasanya kita dikelilingi oleh kata-kata begitu...tambah-tambah si emak yang mengucap kata-kata sumpah tu..memang termakbul tuhan hendaknya.. Dalam sedar atau tidak sebenarnya kita sudah menyumpah! Kalu dah sumpah dengan kata "anak aku buas..xleh bawa ke majlis..nanti buat perangai..." memang confirm benda akan jadi camna kita dah sebut dan sumpah dah kat mereka yang sebenarnya ketagih dan dahagakan didikan.. apa yang kita ajar dan didik, itulah yang akan ditunjukkan oleh mereka yang langsung tidak berdosa... apa yang kita sering sebutkan kepada mereka, itulah yang akan berlaku sebenarnya... Kalu x percaya yang kata-kata itu sumpah, korang boleh cuba sendiri dan lihat hasilnya... jika buaslah yang disembur kepada perangai anak-anak..memang itulah yang akan berlaku nanti.. Anak-anak nak buat sesuatu semasa sesi pembelajaran dalam kehidupannya tapi kita menakut-nakutkan atau menghalang mereka, memang pastinya akan terbantut dan makan sumpahlah jadinya.. 


Kisah 2 : Ini bukan kebetulan tapi ini memang hakikat dan benar-benar berlaku... kata-kata itu sumpah dan ianya adalah kuasa minda yang kita x perasan betapa hebatnya ciptaan Allah kepada kita.. Kita ja x ambil kisah pasal itu.. Lihat sendiri betapa hebatnya kuasa minda dan kata-kata memang sumpah dengan apa yang berlaku sekarang.. Jika seorang ibu menyumpah anaknya "buas" dan seringkali terus menyumpah dengan kata-kata begitu, memang tidak mustahil anaknya akan "buas"... samalah jugak jika hari ini semua orang bercakap-cakap dan terus menyumpah kes "tembak" maka tidak mustahil juga kes tu terus berlaku seperti yang semua orang sumpahkan.. seolah-olah kita mahu perkara itu terus berlaku...kita mendoakannya... tidak mustahil juga ia bukan kebetulan tapi ianya kuasa minda yang secara tidak sedar kita telah gunakan.. kita x perasan kita telah amalkan sejak lama cuma kebanyakannya secara agak negatif.... kita tidak yakin betapa hebatnya kuasa yang Allah kurniakan.. 

Ini baru 2 kisah yang rasanya berlambak berlaku sekeliling kehidupan kita yang kita x perasan dan ambil kisah pun.. Aku sendiri kadang-kadang terlepas kata dan lalai bila perasaan lain menguasi akal minda..dan jangan juga dilupa yang kuasa minda...kata-kata itu sumpah.. kata-kata juga doa adalah dengan izin Allah Yang Maha Esa jua...

Monday, August 5, 2013

Setahun datang.. setahun pergi...

..sedar tidak sedar, aku sudah tak terkejar apa yang aku minat.. apa yang nak aku buat.. hanya mengekor arah masa, menyusur keadaan semasa. Benar-benar sudah banyak berubah.. benar sangat benar. Rasanya ini post pertama aku sejak bertukar keja... nak kata tak sempat tak jugak...nak kata bz pn tak jugak... nk kata malas pn macam tak kena... agaknya sebab facebook la kot!! 

Realitinya benar sebab FB... dan aku jarang pula online kat pc dan laptop... lalu setahun datang, setahun pergi... sedar tak sedar aku sudah 2 tahun lebih kat Unit L&K... harini ramadhan yang dihayati menanti syawal untuk dirai.. 

...banyak sungguh perubahan yang telah berlaku sepanjang tempoh itu. Memang benar bagai bicara.. memang sungguh bila mengata.. tidak semua yang kita suka boleh kekal selamanya.. tidak akan kekal selesa bila sampai masa untuk menguji kita... apa yang dilalui, apa saja ujian yang ditempuhi.. semuanya bekalan dan pengalaman untuk kita hadapi masa depan bila ada pengalaman lepas yang telah kita guna dan jadi pedoman harini... yang kita boleh kongsi dengan semua..

Setahun datang.. setahun pergi... Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal tiba, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan memohon maaf jika ada salah serta silap semasa sama-sama kita berurusan..
 

Friday, October 7, 2011




dah 2 bulan lebih ni aku cuma buat keje2 membantu..keje2 ringan camtu jaa.. lagipun aku masih terikat dengan KIK kt JPVPP lagi.. masih ada pertandingan besar yang belum selesai.. KIK Peringkat Kebangsaan anjuran MPC dan KIK Peringkat Kebangsaan Sektor Awam 2011. Aku diberikan pelepasan oleh BPSM utk settlekan baki hutang yg ada sebelum 100% tumpuan ngan keje sekarang..

..bulan 10 bulan paling mencabar bila 2 pertandingan besar yang akan dilalui nanti...banyak juga la outstation bulan 10 niii..masuk bulan 11 akan bermula tugas hakiki aku kt tmpt baru niii... baru2 ni selesai sudah sessi audit dari INTAN Wilayah Tengah.. mmg jenoh juga dengan auditan yg dijalankan, padan laa dengan pertandingan besar peringkat kebangsaan gituuu :) Persediaan dah bersedia dah..hehe

harap2 projek terakhir dgn geng KIK veterinar kali ni akan mnjadi yg terbaik dan mnjadi kenangan yg xleh dilupakan sepanjang aku berkhidmat di JPVPP.. mnjadi kenangan yg amat manis aku disana.. dah melangkah masuk keperingkat akhir pn sudah dikira menang.. apa yg pasti dgn kekuatan projek x mustahil akan meraih kejayaan lagik.. nantikan ja laaaaa.. :)




Saturday, September 24, 2011

jika ini drama bersiri ingin saja aku tamatkan cerita... tp ini drama kehidupan manusia selagi hayat selagi itu xkan terhenti kisah dunia.. yang baik ataupn teruk akan mnjadi sejarah... yg mana elok ataupn rosak tetap akan dikenang.. samada dikongsikan atau simpan tetap dunia terus berputar...

benar antara bz atau malas mem-blog-kan semula kerana masa bercampur baur keadaan yg kurang tenang dan selesa.. yg tu la sebab paling utama sebenarnya.

dan hari ini sungguh bermakna lagi.. selesai sudah kenduri kesyukuran dan jamuan hari raya kat rumah aku di Taman Mahsuri, Padang Serai... ramai kawan2 dan sedara-mara serta jiran2 masa kat Tanah Liat dulu mai.. sungguh tersentuh juga dan hiba ayah dan mak aku dengan kunjungan mereka... aku nampak emosi itu pada wajah ayah dan mak aku tp aku bangga bila menceriakan mereka2 yg lama terpisah..lama berjauhan... kembali menatap wajah2 yg dirindui.. Dalam hiba, sayu dan menyentuh emosi itu ada kesyukuran yang terlalu besar, semoga perjalanan emak dan ayah ke tanah suci dengan damai dan tenang, sihat dan sempurna hendaknya...


Wednesday, September 21, 2011

ya...aku dah OK!!

cepat masa berlalu...menambah hari dan waktu. Menjarak lagi ruang betapa lama aku x update blog ini... menampakkan betapa sibuk dan juga kering cerita untuk aku karang. Walaupn bertimbun kisah yg berlaku tahun ini... Dari cerita seorang sahabat yg aku percaya hidup2 tapi bg aku hilang kepercayaan kat dia. Aku kerugian ribuan ringgit oleh dia yang lesap entah kemana..pengajaran yg amat berkesan dari kes tu. Maybe ada hikmah disebalik dugaan tersebut dan memang benar bila aku dapat keje baru.. yang terus merubah rutin harian aku! Rupanya hilang sesuatu lalu dibalas dgn sesuatu yg lain pula..

Kini sejak bermulanya 'ramadhan' dan bulan kemerdekaan..aku mula menjalani kisah dan dunia baru... Penghijrahan yang sungguh bermakna dalam hidup dan keluarga aku... Mungkin orang lain lebih mudah 'dapat' atau menganggap biasa...ianya tidak bagi aku. Aku menghargainya lebih daripada biasa kerana aku bermula lewat mengatur kerjaya utk kehidupan famili aku.. Bila lihat ada sahabat lain yg lagi payah menghadapinya lalu kesyukuran x terhingga aku kepada NYA...

Ramadhan terus berlalu mengikut turutan dan kewajipannya tanpa menunggu sesiapa... dan terus pergi menambah hari2 aku dengan kerjaya baru aku... semoga aku boleh terus kekal menghadapinya, insyaAllah!! semoga aku suka dan terus berkhidmat tanpa jemu dan bosan... semoga ada sumbangan aku yang 'kecil' kat tempat baru ini...

...hari ini syawal terus laju berlalu dan hampir ke penghujungnya, sedar x sedar ja bila rutin harian aku yg banyak berubah telah menjamah waktu itu.. Sedikit demi sedikit aku mula biasakan diri dgn suasana ruang kerja yang semuanya baru. Ulang-alik jambatan..yang agak menguji kaki dok tekan clutch... turun naik lift tingkat 45.. yang agak memeningkan pala aku mulanya..makan+minum yang agak terbatas.. kerja yang tidak lagi 'bebas'.. semua tu dah semakin lali dah.. Aku dah boleh terima kenyataan.. aku dah ok!! Ya... aku dah OK :)


Tuesday, May 24, 2011


....benar bagai dikata, sungguh dalam berbicara..ia seperti diduga.. riuh rendah la sat, kecoh la jugakk... tp apa leh buat, apa leh kata? yang benar tetap benar yang x betoi pn dah jd benar.... x nmpk lagi dan xkan terima..dngar..pandang..mahupun faham kerana sudah bebal merajuk dan hampa...lebih kecewa teramat.

setiap orang akan melaluinya...melalui saat 'genting' dan penting sekali dalam seumur hayatnya atau mungkin bala seluruh kehidupan kini kerana balasan perbuatan dahulu. So termasuk diri aku yg xkan terlepas...kemana hala nk aku lari?? Bumi bulat yg ni suma org tahu...

Kejadian demi kejadian telah berlaku..mcm2 ada! mcm2 jugak nk aku ceritakan kat sini...lgpn terlampau lama dah aku x 'update' kt blog ni... dan aku mula akui dan rasa x mampu utk buat.. setiap kali jari jemari ni menaip menekan butang2 huruf mengeja mengarang jalan cerita terasa malas menghimpit kepala mcm membeban badan bahu aku jaa...

Apa yg terkini hari ini aku nk kongsi debaran yg dah lama aku x alami...TEMUDUGA! mmg lama sudah aku x lalui temuduga... ps SPM aku kena temuduga utk kemasukan ke ITM tp bukan rezeki aku masa tu. Itu temuduga pertama yg aku lalui..then aku pernah p temuduga utk keje kat Maybank tp dinasihatkan oleh penemuduga tu supaya sambung belajar lg...terbantut usaha aku untuk cari sumber kewangan aku sendri.

...then bermula temuduga2 mudah yg perlukan bakat dan kebolehan ja utk dapat keje....baik di kilang dan syarikat2 letrik yg pernah aku keje dulu.. mudah sangat. Akhirnya rezeki utk anak dan famili...aku ditawarkan keje dengan kerajaan negeri pulau pinang. Syukur Alhamdulillah... sepanjang aku berkhidmat sehingga kini, aku masih di panggil utk hadiri temuduga. Walaupun ada temuduga sebelum ni yg aku p tp masih gagal namun aku masih ingat bahawa itu bukan rezeki aku.. dan aku masih ada keje utk menyara kehidupan dan keluarga aku.

..dan terkini!! esok!! aku ada temuduga lagi.... kali ni aku sedikit debar dan gelabah juga. Insyallah jika rezeki utk aku kali ni...aku terima saja kat mana pn penempatan aku utk jawatan tersebut.

dari tahun 2002 hingga sekarang 2011...aku x pernah ditukarkan kemana2 daerah atau lain2 jabatan... dok tang tuu dari dlu cuma tugas hakiki aku ja aku x pernah dah buat sejak 2004 barangkali..x ingat laH. Sejak itu semenjak ditukarkan bahagian dari kat 'rumah hijau' masuk ke UNIT ICT then ke Bahagian Pentadbiran...pastu selepas Pengarah bertukar pengarah...aku masih kekal di UNIT ICT dan bertambah di Bahagian Pentadbiran juga..yang pastinya tugas hakiki aku tetap x buat dah. So rasa sayang sb dh selesa dgn keje sekarang membuat aku kadang2 merasa debar juga... dan aku tetap dan pasti kena lalui jugak jika ada perubahan drastik nanti.

esok adalah sejarah yg bakal aku lalui..yg bakal merubah segala2nya jika dengan izin Allah serta ketentuanNya utk menjadi rezeki aku kali ini... apa yg pastinya aku sudah sedia utk menjadi calon kepada penemuduga esok.. Insyallah aku akan menjawab sebaik mungkin demi masa depan 'famili' dan jugak masa depan aku sendiri...

selamat menghadiri temuduga MOHAMAD TAHIR BIN MAT ZAIN!!

Tuesday, January 11, 2011

x tertype lg cerita utk blog ni... :( hampir terluput sudah.. hampir2.. Aku cuba juga mengarang mencari bahan utk tatapan diri aku sendiri...utk ingatkan aku juga apa yg dah aku buat sekarang dan yg sudah2. Kawan2 yg dlu dok mai jengok blog aku pn gamaknya dh x datang lg dh...mybe dh rs aku bosan atau mungkin kata aku bz atau aku dh xda idea...atau mungkin juga anggap aku sudah tiada... mungkin!!

mengaku atau tidak, realitinya sekarang trend sudah berubah...kejujuran mahupn penipuan kata2 dan kisah terus dilontarkan pada FACEBOOK!! semudah cara utk semua org dunia faham... seringkas tempat utk luahan rasa... trend semakin berubah!! mengaku ja laa...biar jujur juga sedikit dari terus bohong atau ego membangga diri.

setiap yg berada dibawah perlu dibawa keatas juga...yg diatas perlu turun menolak mereka dibawah utk naik bersama wawasan baru...idea baru... fenomena baru... tarikan baru... supaya berkekalan hendaknya.. Setiap orang punya alasan, sebab serta suara utk mempertahankan diri sendiri... salah atau x salah itu kita yg tentukan dgn alasan, sebab dan suara kita pula...

harini dah 11 hari dalam tahun 2011... senyap x sepi, masa pantas berlalu.. keadaan terus berubah. Yang indah hanya semntara bila datang musibah tp bencana bukan selamanya kerana ujian sentiasa ada menguji kita yg lemah... samada kuat atau tabah mengharungi atau lemah dan 'mati' mengalami...!


Monday, November 1, 2010



masih jua tertinggal jauh bila asyik turuti masa yang laju lalu... belum pn cerita nk aku tulis, kisah baru terus jadi...dan jadi...dan jadi...xda kesudahan..yg sudah hanya kejadian itu tp esok ada pula kisah baru. Yang bersambung berangkai citer-citer lalu hanya bila kita mengungkit..mengingat kembali sesuatu yg ada dan x mampu kita lupa dan buang jauh bersama masa..


dari ramadhan...syawal trus pergi meninggalkan kita...masa kini semakin singkat untuk menggapai tahun baru pula.. harus mahu aku tulis setiap detik kisah yg berlaku supaya aku x lupa semuanya tp apa daya bila masa itu juga membataskan waktu utk aku senyap mengarang...


...sengaja atau tidak keadaan camni..mcm sekarang telah buat aku mula lupakan yg silam. Mengubah semula yg salah...

dan kini, arini...tiada cerita lagi utk korang....bukan x ingat tp sengaja aku lupakan. Hanya ada arini ukt kawan2 aku, blogger dan sapa2 yg tersggh sini...kisah kawan aku dah selamat diijab-kabulkan...

....tiada yang lebih indah dari debaran
tiada yang lebih resah bersandingan
tiada yang lebih teruja berpegangan...
tiada yang lebih manis bila diijab-kabulkan....

semoga perjalanan cerita kisah kehidupan mereka melalui teladan dan pengalaman lalu membuatkan mereka tabah..sabar dan lebih kenal erti kehidupan. Jangan cuba kembali mengulangi kesilapan lampau...menoleh masa silam...kerana semua yang berlaku telah terbukti dgn rasa kesal..kecewa serta hampa sangat. Jika mampu menebus semua salah silap itu dan ada yang masih boleh menerima kembali demi kehidupan baru...maka bersyukurlah, kerana masih ada sayang antara kecewa dan derita..

Lihatlah sekeliling dan dengarlah lafaz yang indah dari orang tersayang...semoga ia titik permulaan segala perubahan.

Sunday, August 29, 2010

.....masih ada lg sisa2 perasaan yg tertinggal membuatkan rasa rimas dan tidak senang. Telah ku cuba lenyapkan sikit demi sedikit agar luput terus dari ingatan ini. Namun ianya x semudah yg ku sangka.. kerana selagi hayat, peristiwa itu telah melekat rapat semacam kekal ia disitu.. bukan mudah rupanya...

ramadhan kembali lagi...x lama raya akan tiba pula. Sekian dan berkurun lama peristiwa itu sentiasa berulang-ulang...mengikut kitaran dan giliran melengkapkan jumlah hari dan bulan. Tahun demi tahun...usia makin hari makin bertambah, sejauh mana telah aku harunginya?

segala-galanya telah berubah... semuanya terbabit... aku bw kisah itu ke dalam dunia kita. Mahu saja aku ubah dan cipta kisah sendiri..mengikut kemahuan aku tp apakan daya... maaf pn tiada guna cuma mengharap diterima semula.. kesal sudah tp bagai terlambat saja... dah x terdaya!! sungguh...

hanya berserah dan menyesal x terhingga... ntah mcmna nk ku pohon? Benar mmg sukar..payah dan x semudah ucapan kata2 itu dan ini.. hnya yg menanggung dan mengalami tahu keadaan itu. Mmg benar dan x aku nafikan juga.. aku sedang berusaha merubah segala2nya supaya tiada benci lagi antara kita.

...dan semoga ramadhan dan aidil fitri kali ini bakal disambut meriah. Tiada lagi luka biarlah parut itu kerana aku akui ia x mungkin hilang begitu saja.. Aku x mampu halangi jika masih ada yg mengungkit kisah itu.. harapan cuma satu agar pulih sediakala.

Monday, August 23, 2010

harini Isnin 23hb Ogos 2010... ada meeting kt opis SPU. So lepak kat SPU ja la smpai petang, pakai x balik HQ dah laa.. hehe...Betapa bosannya meeting ni smpai aku leh update blog? adehh...kebetulan leh on9 lak..

Just nk citer pasal si 'John' yg dah sebulan lebih mengada2 n buat bising memalam..Mmg hensem nyet nii.. aku dapat bila ada orang nk buang dia tp xto nk buang kat mna. Sian punya pasal aku amk bela... huhu

....dan akhirnya lepas sebulan lebih 'bela', rupanya aku sedar aku xda masa utk jaga 'John'...sian toii.. :-s

Thursday, August 19, 2010

assalamualaikum....

rasanya lama sungguh aku x update blog.. bukan xda citer yg nk aku karang tp xda kesempatan. Kawan2 yg sering ikuti dan baca citer aku sure dah mula lupakan kewujudan blog ni...

Banyak citer dan kisah yang dah terlepas lalu terlupa utk aku kongsi bersama.. Bayangkan last post bulan April....hari ni dah masuk bulan Ramadhan Al-Mubarak. X lama lg dah nk raya... pantas sungguh masa berlalu membawa bersama kisah2 yang kita buat dan hadapi..

Apa yg sebenarnya penyebab aku cam malas nk update?? Dengan pantas jawapan punca yg aku akan jawab ialah FACEBOOK!! Virtualfriends pn dah jarang aku masuk n update gara2 FB nii.. rasanya bukan aku jerk...ramai lagi kawan2 blog n alam maya lain beralih ke FB!! Aku dh x dngr pasal 'friendster' lagi...smpai aku dah lupa pn 'password' friendster tuuu... huhu

Kegembiraan..kesedihan...menyesal... malah kesilapan x terlepas dari aku dan kita sebagai manusia.. Hanya keampunan yg mampu kita pinta dan hadapi iktibar semua kisah itu sebagai pengajaran.


Sepanjang tempoh dari bulan April hingga Ogos nii...jika dihitung bulan x terasa sngt masa itu singkat.. tp jika dihitung hari atau masa sure belambak dosa dari pahala... kisah dan cerita..

Sempena bulan mulia - Ramadhan Al-Mubarak, aku ingin memohon kemaafan kerana kesilapan lalu.. menghulur ucapan selamat berpuasa... x terawal sangat untuk ucap selamat hari raya!!

Antara citer dan kisah yg terlepas utk aku update dan citer sepanjang tempoh aku x jenguk blog.. aku up gambar2 ja laa...k

hehehe...sori!! Aku akan rajin semula mengarang nanti..insyallah!!


Reunion XSAM
Jom Penang - Outing ngan NoorizamSabran

Outing Durian - VF+FB+Photographer @ dusun Balik Pulau

Ekspo Usahawan Bumiputera 2010 & HPPNPP'10


Selamat Pengantin Baru - Mr_Aries+Peacelover85
aku takut jarum.... :-s



Monday, April 19, 2010

mengapa suma berlaku?? mmg salah aku?? 100% aku salah dan mengaku segala2nya.. Sb?? kenapa jd suma tu?? aku cuba merungkai sebab penyebab setiap kenapa dan bagaimana suma trjadi... jawapannya masih salah aku.. :( menyesal?? ada 2 jawapan --> ya dan tidak!!!

..dua2 jawapan tu buat aku benar2 teruji...apa2pn suma tu telah berubah dan mengubah kisah tentang kehidupan. Aku xmo ingat x bermkna aku mahu lupakan segala2nya... aku nk ingat x bermakna aku juga x boleh nk lupakan apa yg telah aku buat.. serba salah dan x kena dgn apa jugak keputusan yg dibuat...mmg x patut!! Harap tiada benci walaupn sebenarnya ada... Harap maafkan kerana sebenarnya ia mmg sukar.. kerana tiada apa lg yg mampu aku pinta dan mohon..!! hanya lah MAAFKAN AKU!!

segalanya telah berubah.. bakal berubah.. akan berubah samada lama lagi atau sudah cuma aku masih x perasan... EGO?? ntah laa.. yg pastinya aku dlm situasi yg mencecah kerumitan mengharungi liku2 kehidupan tentang perasaan..

biarlahh.. aku pendam segala2nya kerana aku mahu 'dia' tahu dan faham aku masih dan tetap menyayangi hingga hujung nyawa aku. X berubah walaupun keadaan telah buat 'dunia' aku berubah.... mana mungkin boleh diundurkan masa?? ~~ 'tinggal kenangan'... biar lah aku simpan selama2nya..






| outing@MengkuangDam | 11hb April 2010 |

1st time aku ada peluang join group 'flickr' shooting... lama nk join tp x kesempatan dan x cukup 'gadget' yg canggih mcm geng tu.. just bangga dgn hasil keje depa ja selama ni... selalu aku hanya 'bawa' diri secara solo dan kadang2 teman kawan2 shoot wedding.. Kebetulan outing tu buat dkt ngn rmah so leh la join.. banyak pengalaman menarik n berguna aku timba walaupn sekejap. Mmg sempoi dan berharap aku dapat join lagi xtiviti camtu.. supaya aku boleh lupakan 'kenangan' yg mengusik hati dan perasaan aku.. betapa sukar dan payahnya suma utk aku harungi.. Aku cuba.. dh berusaha.. so maybe hobi ni buat aku leh 'lesap' dalam kerinduan... maafkn aku!!!

Tuesday, April 6, 2010

adoii...lama betoi aku x update citer dlm blog nii.. dah bersawang bila xda kesempatan nk duduk lelama depan pc tnpa ada gangguan... ya laa, nk karang citer kena la dlm keadaan tenang bru ada idea dan olahan citer yg agak kena dan ikhlas menyampaikn cerita.. bru sapa2 yg sudi baca citer2 aku niii puas hati dan terasa luahan yg aku lepaskan. Samada kisah benar atau pn hanya kelentong tp sebenarnya ada sesuatu yg tersirat dan tersurat...

serupa kisah ni.. yg baru sangat jd... nk kata menyesal x jugak...nk kata kalut sangt dan terhengkak2 nak benda tu pn x jugak... nk kata x dengar cakap pn x jugak bila keadaan masa tu buat aku xda pilihan... biasa la bila benda melibatkan bajet yg x berapa cukup.. bukan x hingin yg sempoi tuuu tp pendamkn sj keinginan tu.. lom sampai rezeki lg. Sabar ja laa.. Dan tetiba dlm x sangka2 ada plak bajet baru... so peluang ni x aku lepaskan. Kebetulan pula nk jd rezeki aku..keadaan dan persaingan dalam berniaga telah menguntungkan pelanggan ketika dan waktu ni.. harga turun mendadak!! Mmg sesuai sangat... <3 Rugi?? ada jgk sikit tp padan la sebab aku dh guna.. syukur walaupn sayang, akhirnya ia berpindah milik.. dan aku masih menanti tiba 'barang' baru sebagai ganti tuu.. Kali ni ia adalah antara barang hak milik peribadi aku yg aku sayang...

Aku cuma miliki ia sebagai hobi ja laa.. nk buat bisnes ssh sikit laa... tggu kot suatu masa aku ada masa utk tu. Cukup la sebagai hobi setakat harini...waktu ini... Aku masih menuntut sikit2 pasal benda nii.. bukan terrer sngt pn. Masih belajar.. ada jugak aku buat 'job' tp cuma suka2 bukan kerana upah... ada juga yg xleh publish kt mana2 coz hanya utk simpanan peribadi.. :)

Apa2pn bnyk sudah perkara yg aku x sangka dan x terlintas pn utk aku nk buat dan miliki tp ia datang... ia hadir dan aku miliki.... thankz!!!

Sunday, February 7, 2010

.....bukan terpksa setelah 'dia' sedar mmg patut dan kena lepaskan juga. Demi masa depan yg lebih bermakna dari sekarang yg ntah kemana hala... Sebenarnya sudah lama 'dia' tahu dan sedar cuma keadaan telah membutakan mata... hanyut mengikut hati dan perasaan.. tenggelam bersama rasa kasih dan sayang yg kini hanya tinggal kenangan.

Mmg suma salah 'dia'... bukan sapa2... mmg salah 'dia'!!! 'Dia' mengaku salah... 'dia' mengaku silap.. Kalu nk hukum, hukumlah 'dia'... hukum ja apa jua hukuman pn bila 'dia' dah rasa x bermakna lg kehidupan 'dia'.. biar MATI jaaa.. :( buang jauh2.. mmg 'dia' x berguna lagi.

Pintanya.. mohonnya hanyalah kemaafan... beribu keampunan 'dia' rayu... Biarlah andai 'dia' mati nanti dgn ketenangan...

....mmg benar ada sayang!! mmg betul ada rindu!! tp itu terpaksa 'dia' tanam jauh2 kedalam pelusuk hati... x kemana2 hala utk 'dia' bawa semua apa yg 'dia' rasakan dulu.. Nak kata 'dia' cari suma tu x juga... atau nk tuduh 'org' tu punca segalanya pn bukan bila sebenarnya keadaan ketika itu telah buat ia terjadi... sudah ketentuan ilahi. Selama ini 'dia' hanya melihat segala2nya tentang kehidupan... tetapi kali ni 'dia' yg alami sendiri.. 'dia' yg lalui sendiri segala2nya..

Kini setelah sekian lama.. 'dia' kena buat keputusan.. kena nekad demi kebahagian 'org' tu jugaa... kerana sayang pn ada jugak. Biarlah yg sudah2 menjadi sejarah.. yg lepas2 menjadi teladan.. yg berlalu menjadi pengajaran.. dan yg berlaku menjadi kenangan.

Sesungguhnya bukan suma tu yg 'dia' harap.. impikan atau pinta. 'Dia' x harap pn perkara ni terjadi.. tp takdir sudah mnjadi penentu segalanya.. Langsung x terlintas didlm kotak fikiran 'dia' tp akhirnya segala apa yg menjadi ketakutan telah pn berlaku... berlaku dgn pantas tanpa dirancang pn.. then ia jadi!! Semuanya sebab keselesaan lalu timbul perasaan..

Dan kini yg pasti keadaan semakin berubah dan makin berubah lalu pasti akan terus berubah.. insyallah..

Aku mahu lihat semua itu... :-s

Sunday, January 31, 2010

Bukan kerana kecewa.. bukan sebab bermusuhan apatah lagi mahu 'buang' tp kerana 'takdir & waktu' telah buat keadaan begitu.. Entah dimana silap dan salah langkah atau sudah ketentuan tuhan menguji?? Xda sapa salah.. bila yg silap itu dtg daripada aku sendiri...

Dengan tamat.. sudah.. selesai atau habis sbnrnya adalah permulaan utk sebuah kehidupan yg baru... permulaan dgn teladan kisah lama dan menjadi iktibar sepanjang hayat. Bolehkah?? mampukah aku utk mulakan langkah baru nii..??

Azam dan kekuatan perlu ada utk tu.. bagaimana nk mulakan sesuatu yg berakhir dgn keadaan yg baik tnpa dendam atau kecewa? Akhirnya arini, 31hb Januari 2010....2009 telah 31 hari berlalu pergi dan masih ada sisa baki kemesraan dulu yg masih lekat dihati.. sedikit demi sedikit dan semakin jauh dan aku dapat rasa ia akan pudar...mungkinkah??? Biarlah muncul 'keajaiban' dlm mengharungi masa depan yg menanti... patut atau tidak, benar atau betul ka apa yg aku buat?? sumanya jd serba x kena... serba salah.

...bagaimana selesanya ia bermula, semoga selesa juga ianya berakhir walaupun sbnrnya sukar untuk aku...!!

Tuesday, January 5, 2010

1st... pertama... hmm.. apa yg korang ingt apa2 kisah brkaitan dgn PERTAMA@ 1st?? 1st time jumpa hati dh terpaut?? Pertama kali jumpa then rs nk jumpa lagik?? Atau kali pertama dapat keje... pertama kali dpt pergi ke sesuatu tempat tuu.. apa2 ja yg pertama la!! sure jd kenangan dan pengajaran yg x dpt dilupakan.

Hari ni Isnin-4hb.. hari PERTAMA alam persekolahan, hari PERTAMA keje dlm tahun 2010!! 1st day keje tp aku cuti sb 1st day buka sekolah.. huhu... aku segan nk citer tp gmbr menceritakn segalanya.. so hayati kisah 1st day di alam persekolahan... huhu

xcited toii... dh ready to schoolbaru sampai.... posing jap!!! sempat lagi tuuu.menuju ke dewan perhimpunan..............
tetiba jaa.... adoiiiii!!!mamaaaaa.....!!! :(( tp......
ok la plak pastu...... penin toiii!!!

Friday, January 1, 2010

hmm.. ya!!! aku nk buat pengakuan dan buka citer yg dh lama sngt aku rahsiakan.. aku nk buka rahsia paling besar dlm sejarah hidup aku. Rahsia yg aku simpan lama, x siapa pn tahu.. Kesalahan dan dosa yg aku nk minta ampun dn maaf. Dan tahun ni.. tahun baru.. aku nk sumanya selesai, aku nk mulakan kehidupan baru.. semangat baru.. kisah baru dari pengajaran lalu...

Sejarah mmg sudah terbukti mmg wujud kisah2 yg aku lalui... bagai roda bila sebentar berada di atas adakala di bawah bila berputar. Mmg dlu pernah jadi malah x mustahil jd lagi... Dan aku dah pn merasai dn laluinya.. betapa sukar, sedih dan mcm2 perasaan ada. Sebelum terbongkar atau timbul citer x benar atau tuduhan liar tentang aku dan dia... sebelum porak peranda hidup.. sebelum hilang tenggelam jauh sedalam lautan... sebelum terbang hanyut dibawa angin setinggi mentari... Biarlah sejarah jadi saksi bahawa aku PEMBUNUH!!!

Aku bunuh mati perasaan... aku bunuh harapan... aku matikan kepercayaan.. aku membunuh kerana sayang sebelum kisah makin panjang... sebelum perasaan semakin tebal... sebelum harapan setinggi gunung... sebelum percaya pada penipuan!!! Biar la mati perasaan, harapan dan kepercayaan daripada 'hidup' tp xda penamat kisah2 kasih sayang yg berlaku dgn harapan ada syurga utk kehidupan dia yg lain.. Biar dia trus kekal dgn dunianya yg baru.. dgn citer baru tanpa perasaan dendam.. benci mahupn kecewa dgn aku seorang 'pembunuh'!!! Biar kekal senyuman yg terukir jelas bersama perasaan sayang yg x berubah sejak dari hari itu... wlaupn aku sudah tiada!! dan itu kamu..........

Wednesday, December 30, 2009

ngok ngek toi... dah nk masuk tahun baru sudah!! 2010 bakal tiba dgn mcm2 azam nk buat. Aku mcm aku yg xda betoi2 azam sb setiap keje n benda aku buat mmg ada azam dah. Bnyk sngat azam, so baik jgn berazam... buat ja keje betoi2!! Insyallah suma jd elok.. settle!! Aku dh cuba berazam utk buat azam tp x jgk terazam2.. bila sbnrnya niat lebih penting. Azam hnya motivasi diri utk capai hasrat tu..

Niat!!! niat mcm jgak janji.. kena tunaikan sedaya boleh. Aku dah janji dan aku bakal tunaikan janji tu.. Bila?? x pasti kerana aku harapkan kelmarin dh tertunai janji tu tp hari ni masih lg ada janji tu.. lemas perut bila ada paksaan supaya aku cepat2 tunaikan janji. Buat aku lagi la main2 dgn janji padahal aku sudah berjanji dah...

Maybe sb x percaya.. betul la mmg ssh nk dptkan semula kepercayaan yg hilang. Aku yg cuba cari keyakinan yg pasti suatu hari akan jumpa juga.. nasib la sementara waktu ni yg ntah bila akan jd normal dan ok semula... so sabar ja laaaaa. No choice bila pilihan ditangan dia...
Hari ni yg ceria penuh dgn semangat bila smlm aku lega dpt tido nyenyak agaknya... aku x psti kuat mna dengkuran aku sb letih giler smlm pnya hal... Apapn aku puas seketika.. lega dan hilang stress suma!!

Dan aku nk citer pasal baju kemeja aku yg paling mahal yg aku x sempat amk migu lepas... td ptg aku kalut pecut ke Bagan Ajam. Lega tp susupen sb apek tu kata baru ja seterika baju tu... so mknanya baju tu baru smpai arini laaa... cilakoi toiii!!!

Masuk ja kedai dia aku trus cari kat tempat dia sidai baju2 org tempah.. yg apek tu dok citer baru seterika.. baru nak call... baru nk itu n ini!!! cehh... Baju dh siap n dah pn bayar so camna rupa bentuk pn kena trima laa.. Belek pnya belek, jahitan dia mmg kemas.. saiz ikut kehendak aku dah... rupa bentuk cam ok jaa...lawa x??? huhu, bagi aku kira boleh laaaa sb aku langsung x rasa kesal nyesal daripada buat uniform tp x pernah pakai...

"tauke... lu lipat la, aku mau balik... sudah lewat. Nanti kt rumah aku try laaa.. apa2 hal aku antar ini baju balik.." huhuAdehhh...RM180 utk sehelai kemeja cap kedai Bagan Ajam... kalu baju batik mmg munasabah harganya.... xpa laaa. Citernya kain tu jenis Italian Fabric semeter rm50 lebih... imported.. dan limited!! saiz utk badan aku x smpai pn 2 meter + upah = 180??? Betul kerr??? mana aku reti tngk jenis kain.. so dia kencing aku, aku kencing korang lak laaa!! kakaka.. Alahai.. lantak laa!! Aku dah lega...


Friday, December 25, 2009

Januari bakal tiba x lama lagi.... aku resah menanti Januari nii!! Risau, resah.. sedih.. suka.. hiba.. takut dn mcm2 lagi rasa dok rasa tmbh2 Disember bakal tgglkan kita.. x lama ja lagik. Tahun 2009 banyak sangat peristiwa dlm sejarah jadi.. warna-warni, suka duka malah pelik2!!! Yang x terfikir terlintas langsung dlm kepala hotak ni tp terjadi... mmg x disangka dn jangka.

Bagai yg dijanjikan... jgn meratap hiba pemergian atau perpisahan bila setiap kali wujudnya pertemuan pastinya kita x lepas utk merasa perpisahan. Ini baru berpisah di dunia bukan lagi pergi meninggal dunia... masih ada ruang lain utk trus berhubungan. Masih ada ikatan lain utk trus merasai nilai perasaan sayang yg amat dalam... Bersyukur dipertemukan begini tidak begitu semoga tiada benci menghasut diri bila mengenangkan wujudnya ikatan sebegini... x sangka!!!

Bersyukur kerana dapat menerimanya dgn tabah agar x wujud rasa hina, teraniaya atau kecewa hampa bila semuanya bakal berakhir.... Disember bakal berlalu dan Januari muncul lagi, semoga segalanya berakhir dgn baik lalu bermula dgn bibit2 kebahagiaan baru...

Disember tetap bersedih.. Disember jg gembira.. Disember punya berbagai rasa dan peristiwa.. Disember berakhir dgn paksa mahupn rela.. Disember tetap pergi jua.

Hari ni Disember yg telah berkurun dulu masih setia dn tetap menanti Januari.. Mmg x boleh dipisahkan lagi utk selama2nya. Disember akan berdiam pergi lalu kembali nanti bila bulan demi bulan berganti dn Januari sedia mencatat kenangan baru pada hari2nya yg bakal berlalu...

Hanya tggl beberapa hari lagi utk mengukir peristiwa di Disember ini... 31 hari dibulan Disember sudah cukup utk dijadikan kenangan.. pedoman... pengalaman.. malah impian mahupn kekecewaan.. kesedihan... kejayaan atau apa sj yg boleh terjadi dlm sekelip mata!!

Dan x lama lg... pejam celik pejam celik, siang malam silih berganti... Januari bakal menyusul menjalankan amanah, mengukir peristiwa disetiap waktu pada hari2 nya sebelum Februari muncul. Biarlah kisah Disember begitu... kerana Januari bakal hampir tiba.. Januari telah dijanjikan dgn perubahan... Januari buat resah dan risau bakal mengundang kelainan.. Januari amat dinantikan... Januari penuh bermakna...

Semoga Januari yg hadir tidak menyimpan dendam.. rasa benci mahupn penghinaan kerana Disember yg bakal berlalu sudah muak... penat dan penuh rasa duka serta suka!! X mungkin buang suma tu.. x tergamak pn!!

Selamat tinggal dan terima kasih Disember... akan ku smbut Januari ini dgn penuh kasih sayang serta doa dan harapan baru....

Thursday, December 24, 2009

lama sudah aku x nek feri bila sedap pecut atas jambatan... dah x sesak macam dlu sjk lorong baru siap tetiba hari ni aku teringin nk feri... Feri slow sikit, beratur lama.. letih menunggu.. aku yg jenis x suka tggu atau orang tggu so feri hanyalah pilihan utk suka2.. kdg2 bila terasa rindu.

yg x pasal2 aku nek feri ni sb teringat kat sehelai baju kemeja yg aku tempah kat Bagan Ajam.. satu2nya baju kemeja yg paling mahal yg pernah aku tempah dan ada dlm koleksi baju aku!! RM180 sehelai... huhu.. mmg bukan duit aku tp duit utk uniform keje yg sepatutnya aku buat tp sb aku x pernah nk pakai uniform... so aku tukar n bikin baju biasa tp x sangka dah jd luar biasa!!

Selalunya yg aku beli pn yg berjenama sikit hanya bila ada diskaun jerkk... 50%-70% baru aku sambar 2-3 helai... ini jenama kedai jahit cap Bagan Ajam jerk mencecah rm180 sehelai... ahakss... Harap sempat p amk kt kedai tu sb feri mmg lembab toii... harap blom tutup kedai dia tuu.. tp jam kat nset dah tunjuk kul8.15 pastu esk lak Christmas, maybe tutup awal... :(

Dan aku sampai dah kt Bagan...
Hmmm.. betoi la dh tutup, hampa kecewa aku bila x kesampaian lagi nk pakai baju tu. Ni buat aku ssh hati, gelabah dan risau ntah camna rupa bentuk baju tu? Apakah mengikut kehendak aku?? atau kedai tu potong ikut sedap dia?? adoiiii... mmg aku x sabar sngt dh...

~aku tulis n karang masa otw balik rmah.. sementara tggu feri, atas feri dan lokasi berhampiran kedai jahit cap Bagan Ajam.!!!~


bnyk lak nyamuk mlm niii... buat aku xleh lena!!! spray n psg ubat nyamuk pn x jd apa... nyamuk dh x heran dh kebal dgn racun konon utk nyamuk mati tp aku plak nk semput xleh nafas dgn bau dan asap beracun tuu..

jam dh kul 1pg.. aku lom trasa nk tido atau tringin nk mimpi sesuatu yg indah.. so on9 ja smpai trlelap kalu dh rasa nti.. xto lak kul brpa la plak nk lena! Esok plak ada penerangan utk penternak kt opis, aku kna prepare laptop+LCD utk tu... :(

...so sementara mata nk terlelap lena dgn nyenyak supaya x sedar dan rasa nyamuk sedut darah, aku ada cuba karang lg citer supaya blog aku 'ter-update'...

MATI AKAL... buntu.. blur.. kalu buat salah, bersalah, tipu x kena gaya... then bila kena desak n tekanan mula mati akal nk jawab.. nk pertahan diri!! sb dah mmg x betul.. mati akal buat diri rasa bodoh sngt2.

MATI KUTU... bukan kutu kt kepala tp mati kutu ada jgk terbabit ngn kepala sb dok pikir.. mati kutu bila xda benda nk buat.. keje.. atau bila dlm situasi sunyi keseorangan.. kesepian. Xto nk buat apa... hingga gelabah smpai pegang x terasa, pelok x terpaut... berjalan x bergerak2... serba x kena so mati kutu... huhu

MATI KATAK.. yg ni amat sedih!!! mati katak dijalan raya... senang tafsir cuba bayangkan katak yg mati di jalan.. huhu..lenyek, penyek, terkangkang.. x sempat nk elak atau buat apa2!! Satu gambaran kematian paling drastik.. teruk atau mungkin hina... Mati katak menunjukkan keadaan yg tetiba atau spontan..
aku ada juga terbaca ayat ni "Di telan mati mak.. di luah mati bapa, di tahan mati katak!! " kat blog sapa ntah... ( pict katak dengan izin..)

MATI SYAHID istilah metafora bg menggambarkan orang2 yg terbunuh dlm perjuangan... mempertahankan agama, negara atau perang yg sah dalam islam...orang yg teraniaya dan demi keyakinan atau imannya.

MATI PUCUK!! derita seorang lelaki dalam diam... kegagalan tegang atau lemah tenaga batin!! aiii.. sonok ke nk baca pasal mati pucuk niii:-" huhu.. Opsss... p cari sendiri dlm internet atau Wikipedia pasal ni yg berlambak2 info. Ramai orang buat duit pasal mati pucuk nii.. ramai amk kesempatan sb ianya demi kepuasan dan betapa terdesaknya orang2 yg punya masalah mati pucuk!! Terpaksa percaya dn cari solution utk hilangkan kelemahan demi kebahagian.. kepuasan atau apa2 jaa... kepala otak orang kita xleh baca!! kiki

MATI HIDUP KEMBALI... kebangkitan!! Kebangkitan selepas berlaku situasi yg hampa.. rosak.. musnah.. gagal.. lalu bangkit semula dan berubah. Mati hidup kembali yg penuh penyesalan selalu akan buat sesorang x kira baik sebaik manusia atau jahat sejahat orang atau yg mengalami keadaan yg amat teruk.. susah.... lalu akan berubah kearah kebaikan dn kejayaan!!

MATI SETEM.. huhu.. yg ni berkaitan dgn agreement, sewa beli.. jual.. yg kena dimatikan setem!! bertujuan utk mengesahkan bahawa dokumen tu betoi.. sah... mna tau ada pertikaian atau tuntutan selepas sesuatu perjanjian berlaku... hmm, p la mati setem kt LHDN kakaka:)

MATI HATI... buta la jiwa, rosaklah minda.. mati hati leh remuk perasaan yg ada. Mati hati rosak binasa maruah.. keperibadian hilang musnah. :(

... adehhh:( mcm2 pasal mati niii... aku citer sb nyamuk x mati2 kena spray.. dok ketit n isap darah aku lagi masa niii... geramkn nyamuk x la sampai aku nk bakar kelambu sb aku masih belum mati akal dan masih waras. Biarlah nyamuk mengamuk malam dn pagi2 buta nii.. harap nyamuk x marah dan sebar denggi sebagai balasan sb ada yg dh mati kena penampar aku td...
lagipn bab mati ni suma orang akan merasainya, PASTI!! dan mati menjemput tanpa warning...

Wednesday, December 23, 2009


erkkk.... teringin menatang niiii.... :) sempoi jerk bila aku selisih ngn 'dia' kat jalan. Garang n seksi buat aku teruja nk beli tp.... huhu bila baca kenyataan niii...

''Model naked sedang dapat perhatian di tanah air Kawasaki Er-6n. Reka bentuk cukup macho dan seksi. Kalau berminat boleh kunjungi pengedar berdekatan. Harga sekitar RM27,000++. Down payment 30% RM8,000++ dan interest sekitar 5% setahun. Bulanan RM400++ selama 5 tahun.

Kalau mampu silakan hu..hu..hu.."

....trus terbantut niat aku kecuali ada sapa2 yg xto guna duit so bak mai sini... !! hehe.. tp kalu murah rezeki maybe boleh ja aku sambar sebijik buat rempit p keje.... sempoi niiiihhhh Grrrrr....



mangkuk hayun toi laaa... seb bek aku lom kuar dari keta masa parking area Penang Road aritu!!! ada ka 'driver' keta tu ( pict ) p cium bumper depan yg baru ja aku cat.. polish dan repair baru2 nii... grrrrrrr!!!!! calar balikkkkkk:((waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Panas sepanas terik mentari masa tu... geram segeram yg hanya apek tu ja nmpk muka geram aku masa tuuu... Ada kaa apek tu nk bagi 50 hingget ja sedangkan aku habis 300 lebih utk buat balik pas xcident ritu. Aku ajak report ja kalu setakat 50 hingget duit malaysia jaa aku dapat. Ntah tauke balak atau babi si apek tu tp buat2 selekeh dn selamba kata xda duit... kedekut agaknya!! Keta bukan main besar dari keta aku... cilakak toiii!! Aku x mcm matahari trpacak panas ats kepala dn terus panas bila aku mula beralah... akhirnya aku terima duit malaysia 100 buat p polish semula calar balar tuu...

...belek pnya belek, kesan calar xleh ilang tp bekas cat keta dia yg lekat kat bumper keta aku boleh kuar. Adehh.. bengang tahap cipan n gaban gak laa so aku melilau cari showroom Perodua kot2 leh tukar ngan ALZA.. padahal tujuan aku nk p cari beg sekolah sebelum kejadian!!! Lastly beg sekolah x terbeli... ALZA masih dalam angan n mimpi... MYVI jgak la jd teman aku sampai reput.. insyallah!!
Hmm.. satu keja la plak nk cari kedai polish!! harey toiiii...