Masalah jaundis fisiologikal tidak berlaku dalam masa 24 jam pertama kelahiran dan tidak melebihi jangka masa dua minggu dalam bayi matang atau tiga minggu dalam bayi pramatang. Tahap bilirubin dalam darah juga tidak tinggi (iaitu kurang dari 250 mmol/L atau 12 mg/dL).
Beberapa punca boleh menyebabkan peningkatan paras bilirubin dalam tisu, antaranya:
Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah.
Ketidaksesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus atau ABO
Terlalu banyak sel darah merah (polycythemia)
Rawatan yang biasa dilakukan untuk bayi jaundis adalah rawatan fototerapi. Fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukar struktur bilirubin tak berkonjugat kepada lumirubin, di mana ia senang dikumuhkan di hati dan disingkirkan melalui najis.
Fototerapi perlu dilakukan berterusan; bayi didedahkan kepada cahaya biru ini tanpa pakaian dan mata bayi akan ditutup dengan penutup mata khas. Rawatan penukaran darah akan dilakukan apabila paras bilirubin tak berkonjugat dalam darah terlampau tinggi, iaitu melebihi 340mmol/L, walaupun setelah diberi rawatan fototerapi.
SUMBER :: DBMHOSPITAL
... adehh!! mmg takut kalu tau kesan2 yg bakal terjadi jika x ambil tindakan pantas, ini doktor suruh balik bila terang2 peningkatan paras tu naik agak tinggi..!! huhu...
Hmmm nampknya terbantut lagi usaha aku utk cari nama bila ada urusan lain yg lebih penting terjadi harini...
2 comments:
Zaman sekarnag kuning dah jadi lumrah....sabar bro
usop::: hihi... mmg betoi... yg masuk wad skali ritu 3 org... yg dh dok dlm wad lagi...huhu
Post a Comment