Sunday, October 4, 2009

Alahaiiii..... x ulang alik HSJ kena plak ulang alik HBM!!! Kuning!!! kuning baby naik lagi... semlm 251 arini 272 so pilihan terbaik masuk wad jaaa... tido bawah lampu!! Itu doktor nk lepas balik tp aku xmo bawa balik... aku nk soh masuk gak dlm wad sb jd apa2 nti sapa nk tanggungjawab??? Buleh plak call tnya pakar kt HSJ padahal dia pn berhak buat keputusan terbaik.. doktor la katakan!!! adoii.. servis oh servis...!! biasa laa huhu... So keputusannya masuk Wad 2 dan baby kena tido bawah lampu... kalu turun 'kuning' tu esok leh kuar, comfirm!!! Harap2 xda rawatan susulan lagi plak pasni.... :-s
FAKTA ::: JAUNDIS NEONATAL atau penyakit kuning bayi (juga disebut demam kuning) adalah perkara yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran. Lebih kurang 60 peratus bayi matang (lahir selepas genap 37 minggu kehamilan) dan 80 peratus bayi pramatang mengalami masalah ini. Jaundis pada bayi terjadi disebabkan pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu, menyebabkan kulit dan mata putih bayi kelihatan kuning.

Masalah jaundis fisiologikal tidak berlaku dalam masa 24 jam pertama kelahiran dan tidak melebihi jangka masa dua minggu dalam bayi matang atau tiga minggu dalam bayi pramatang. Tahap bilirubin dalam darah juga tidak tinggi (iaitu kurang dari 250 mmol/L atau 12 mg/dL).

Beberapa punca boleh menyebabkan peningkatan paras bilirubin dalam tisu, antaranya:

Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah.

Ketidaksesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus atau ABO

Terlalu banyak sel darah merah (polycythemia)

Rawatan yang biasa dilakukan untuk bayi jaundis adalah rawatan fototerapi. Fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukar struktur bilirubin tak berkonjugat kepada lumirubin, di mana ia senang dikumuhkan di hati dan disingkirkan melalui najis.

Fototerapi perlu dilakukan berterusan; bayi didedahkan kepada cahaya biru ini tanpa pakaian dan mata bayi akan ditutup dengan penutup mata khas. Rawatan penukaran darah akan dilakukan apabila paras bilirubin tak berkonjugat dalam darah terlampau tinggi, iaitu melebihi 340mmol/L, walaupun setelah diberi rawatan fototerapi.

SUMBER :: DBMHOSPITAL

... adehh!! mmg takut kalu tau kesan2 yg bakal terjadi jika x ambil tindakan pantas, ini doktor suruh balik bila terang2 peningkatan paras tu naik agak tinggi..!! huhu...

Hmmm nampknya terbantut lagi usaha aku utk cari nama bila ada urusan lain yg lebih penting terjadi harini...

2 comments:

admin said...

Zaman sekarnag kuning dah jadi lumrah....sabar bro

[mohamadtahir] [mz] said...

usop::: hihi... mmg betoi... yg masuk wad skali ritu 3 org... yg dh dok dlm wad lagi...huhu